Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Azmin Ali Tentang Status Yang Dimuat Naik Ismail Sabri

Trending

Ini Respon Azmin Ali Tentang Status Yang Dimuat Naik Ismail Sabri

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta agar semua pihak tidak membuat atau menimbulkan sebarang spekulasi berhubung hantaran status yang dimuat naik oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di Facebook, semalam.

ADVERTISEMENT

“Saya dah tutup pintu depan tapi…” – Ismail Sabri 

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Azmin berkata semua jemaah menteri sentiasa memberi kerjasama dan sokongan demi membendung penularan wabak Covid-19.

Siapa yang buat spekulasi ? Jangan buat spekulasi. Datuk Seri Ismail Sabri antara ahli jemaah menteri yang diberi peranan penting dalam menguruskan Covid-19 di Malaysia.

Kita ada dua jurucakap iaitu Ismail Sabri untuk isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk isu kesihatan

Demikian yang dimaklumkan olehnya ketika Taklimat Media Mengenai Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Beliau memberi respon berkenaan kerana terdapat pelbagai reaksi dan mentafsir ianya ada kaitan dengan kebenaran operasi yang diberikan kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu walaupun Malaysia dalam pelaksanaan ‘total lockdown’.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri ada memuat naik status di Facebook yang mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Kredit : Utusan Malaysia

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas