Connect with us

Oh! Media

Ini Jawapan Presiden Rusia, Vladimir Putin Tentang Berminat Atau Tidak Untuk Berperang Dengan Eropah

rusia

Oh! Negara

Ini Jawapan Presiden Rusia, Vladimir Putin Tentang Berminat Atau Tidak Untuk Berperang Dengan Eropah

Sejak beberapa bulan ini dunia digemparkan dengan peperangan yang dikatakan bakal tercetus antara Rusia dan Ukraine. Semakin banyak juga video dan berita palsu yang disebarkan menunjukkan peperangan telah bermula bagaimanapun setakat hari ini masih belum berlaku apa-apa.

ADVERTISEMENT

Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam satu kenyataan menegaskan Mosow tidak berminat langsung untuk berperang dengan negara Eropah walaupun ketika ini ketegangan sedang berlaku dengan Ukraine.

Kita perlu selesaikan persoalan ini segera dan berharap kebimbangan ini didengar dan diambil serius. Adakah kita betul-betul berminat berperang di Eropah? Sudah tentu tidak.

Walaupun penafian untuk tidak akan berperang itu disahkan Putin, beliau tetap menuntut agar isu hubungan Kyiv dengan NATO dapat diselesaikan segera.

Timbalan Duta Rusia ke PBB, Dmitry Polyanskiy dalam pada itu turut menyindir pemimpin barat untuk pergi jumpa doktor kerana penyakit ‘paranoid’ yang melampau. Ini apabila, pemimpin Eropah dilihat mengeluarkan pelbagai andaian hanya kerana Rusia meletakkan lebih 100,000 tentera di sempadan Ukraine.

Tentera kami berada di wilayah sendiri dan mereka tidak memberikan sebarang ancaman kepada sesiapa.

Apapun kita harapkan agar peperangan ini tidak tercetus kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sudahlah kita masih berperang dengan wabak Covid-19 yang menyerang dunia.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas