
Oh! Politik
“Dipecat Parti Yang Saya Sayang..” – Ini Reaksi Khairy Jamaluddin Selepas Dipecat UMNO Serta Merta
Oleh
Walaupun sudah ramai dapat menjangkakan perkara ini tetapi pasti ramai juga yang rasa tidak percaya keputusan ini diambil MKT UMNO apabila memecat Khairy Jamaluddin, seseorang yang dilihat boleh memimpin negara satu hari nanti.
BACA: Khairy Jamaluddin Dipecat UMNO, Kemasukan Ke PKR Perlu Dibincang

Khairy Jamaluddin (KJ) adalah antara ahli UMNO yang dipecat serta merta malam tadi dan KJ menyatakan beliau tidak kecewa atau tunduk dengan apa yang berlaku.
“Dipecat parti yang saya sayang…” – Khairy Jamaluddin
Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken. – Kongsinya ringkas di Twiiter.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin dipecat daripada UMNO.
Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 27, 2023
Kredit: Twitter
