Connect with us

Oh! Media

“Celah Mana Kami Sekeluarga Cover dan Backup OKT?”- Nurulhidayah Tepis Tuduhan Siti Bainun Anak Angkat Zahid

nurul zahid

Oh! Negara

“Celah Mana Kami Sekeluarga Cover dan Backup OKT?”- Nurulhidayah Tepis Tuduhan Siti Bainun Anak Angkat Zahid

Sejak Orang Kena Tuduh (OKT), Siti Bainun bergambar dengan 10 orang peguam miliknya, rakyat Malaysia sudah mula rasa ada sesuatu dan mula mencari sebab mengapa Siti Bainun mampu mendapatkan peguam yang sebegitu banyak.

ADVERTISEMENT

Sejak itu jugalah beberapa orang politik mula dikaitkan menjadi antara yang terlibat membantu Siti Bainun mendapatkan peguam. Antara yang sedang hangat diperkatakan adalah Siti Bainun anak angkat kepada Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tuduhan ini mula tersebar selepas ada gambar menunjukkan Siti Bainun bersama keluarga Zahid.

Nurulhidayah nafi tuduhan melampau dan akui tiada apa-apa pertalian

Disebabkan itu, Nurul Zahid sekali lagi terpaksa tampil mempertahankan bapa dan keluarganya selepas tuduhan ini tersebar. Dia juga meminta agar netizen berhenti menyebar fitnah dan provokasi kerana keluarga mereka turut menentang sekeras-kerasnya penderaan terhadap adik Bella.

Nurul memaklumkan sesiapa sahaja boleh bergambar dan tidak bermaksud bila bergambar kita bersama mereka.

Melihat kepada perkembangan kes, Siti Bainun sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menaniaya remaja perempuan (adik Bella) hingga menyebabkan mangsa cedera fizikal dan mental. Semoga keadilan dapat ditegakkan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas