Connect with us

Oh! Media

“Bukti Rakyat Tidak Percaya” – Muhyiddin Yakin Pengundi Padang Serai Tolak Penipuan PH-BN

Oh! Negara

“Bukti Rakyat Tidak Percaya” – Muhyiddin Yakin Pengundi Padang Serai Tolak Penipuan PH-BN

Pengerusi Parti Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin yakin bahawa kemenangan calon mereka di Padang Serai merupakan bukti rakyat menolak gabungan kerajaan PH-BN.

ADVERTISEMENT

BACA: SPRM Panggil Muhyiddin Yassin, Tengku Zafrul Dan KJ Untuk Disiasat Isu RM600 Bilion

Muhyiddin memaklumkan bahawa undian dan sokongan padu yang diberi oleh pengundi merupakan petanda positif buat parti itu.

Tolak gabungan kerajaan

Presiden PN itu juga yakin bahawa pengundi kawasan Padang Serai itu kecewa atas penipuan oleh pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU-15.

Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara. – Muhyiddin

Semalam, pilihan raya parlimen Padang Serai telah dimenangi oleh parti PN yang sebelum ini telah dimenangi oleh PH.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas