Connect with us

Oh! Media

“BN Lebih Sesuai Jadi Pembangkang” – Shahril

Oh! Negara

“BN Lebih Sesuai Jadi Pembangkang” – Shahril

Masih lagi panas dengan keputusan parlimen tergantung yang telah diisytiharkan kelmarin telah menyebabkan beberapa drama politik berlaku antara parti-parti yang telah terlibat.

ADVERTISEMENT

BACA: “BN Sentiasa Komited Untuk Melihat Hubungan Antara Negeri” – Zahid Hamidi Umum Parti Sedia Ketepi Perbezaan

Semalam, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengeluarkan pendapat bahawa Barisan Nasional (BN) lebih sesuai untuk jadi pihak pmebangkang selepas mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya baru-baru ini.

‘Berperang’ bukan bersatu

Menurut Shahril, persatuan BN bersama Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) dilihat janggal disebabkan ‘angin dingin’ yang berada bersama mereka sejak sekian lama.

Kita ‘berperang’ dengan PH dan PN bukan dua minggu. Tapi lama dan serius. Sebelum PRU15 pun tidak stabil dengan situasi dalaman kerajaan campuran. Maka untuk sekarang terus bersama dengan mana-mana pihak amat janggal. – Shahril

Sebagai info, Shahril telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO dan menuntut agar Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi turut berundur di atas kekalahan teruk parti itu.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas