Connect with us

Oh! Media

Betul Ke Pembalakan Baik Untuk Tingkatkan Bilangan Harimau? Ini Jawapan Dari WWF

harimau

Oh! Negara

Betul Ke Pembalakan Baik Untuk Tingkatkan Bilangan Harimau? Ini Jawapan Dari WWF

Mesti ramai yang masih tak boleh brain dengan kenyataan Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah yang mendakwa pembalakan dapat membantu pembiakan harimau.

ADVERTISEMENT

BACA: Jangan Kecam Dulu! Ini Alasan Pengarah Perhutanan Kelantan Kata Pembalakan Baik Untuk Populasi Harimau

Kita dapat lihat kecaman dan parodi dari rakyat sendiri kerana fakta kajian yang diberikan Abdul Khalim sangat tidak masuk akal. Jadi, betul ke pembalakan dapat tingkatkan bilangan harimau ni?

Ketua kumpulan alam sekitar tepis dakwaan Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan

Ketua kumpulan alam sekitar, Shariffa Sabrina Syed Akil. ini apabila Shariffa turut ada mengeluarkan kenyataan balas dengan meminta Abdul Khalim berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan.

Bagi Shariffa, isu tentang habitat haiwan liar patut dijawab oleh Jabatan Perhilitan, bukannya Jabatan Perhutanan. Keadaan ini lebih teruk apabila isu pembalakan bukan sahaja menjejaskan habitat harimau malah menjejaskan Orang Asli yang tinggal di kawasan itu.

WWF-Malaysia jawab adakah benar pembalakan baik untuk haiwan dan alam sekitar

Bagi memastikan fakta kajian Abdul Khalim ini betul atau auta, kita boleh merujuk dengan kenyataan dari WWF-Malaysia. Bagi mereka, penebangan hutan bukan sahaja mengancam habitat yang hampir pupus tetapi turut menjadi punca utama haiwan ini hilang tempat tinggal.

Di Asia, orang utan, badak sumbu dan gajah adalah antara haiwan yang terkesan dengan aktiviti ini. Tambah WWF lagi, kesan lansung daripada penebangan hutan akan mencipta hubungan yang lebih rapat di antara haiwan dan manusia sehingga membawa kepada aktiviti pemburuan haram dan penganiayaan terhadap haiwan.

Kredit: WWF

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas