Connect with us

Oh! Media

Beri Ucapan Berbaur Fitnah Ketika Kempen PRU15, Anwar Ibrahim Saman Pesuruhanjaya Pas Perak

Oh! Politik

Beri Ucapan Berbaur Fitnah Ketika Kempen PRU15, Anwar Ibrahim Saman Pesuruhanjaya Pas Perak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan saman fitnah terhadap Pesuruhanjaya Pas Perak, Razman Zakari. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Astro Awani, hal itu dilakukan berhubung ucapan oleh Razman yang mengaitkan Perdana Menteri membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan juga menyokong ideologi komunis.

Kejadian tersebut berlaku pada 6 November lepas ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 di pasar malam Tebuk Pancur. Terdapat video mengenai ucapan itu dikongsikan menerusi akaun Facebook milik Razman yang meraih tontonan melebihi 94,400 kali, melebihi 5,100 reaksi, 429 kali perkongsian dan melebihi 2,600 komen setakat ini. Ramai gila!

Anwar juga mengatakan yang kata-kata fitnah itu juga telah diterbitkan dalam bentuk artikel dalam sebuah portal berita. Perdana Menteri mendakwa yang hal ini untuk mencemarkan nama baiknya dengan menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian terhadapnya dan parti semasa tempoh berkempen untuk PRU15 bulan lepas.

Razman telah melanggar Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi kesalahan menimbulkan permusuhan semasa kempen pilihan raya selain mendakwa defendan gagal mengemukakan permohonan maaf kepada plaintif berhubung tindakannya itu.

Perdana Menteri telah menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan serta memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada terus mengungkapkan atau menyebabkan penerbitan artikel memfitnah yang serupa selain menuntut kos, faedah dan relif lain yang sesuai.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

Ke Atas