Connect with us

Oh! Media

“Beberapa Menteri Sudah Pulang Dari Bercuti..” – Ismail Sabri

Oh! Negara

“Beberapa Menteri Sudah Pulang Dari Bercuti..” – Ismail Sabri

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan semua anggota kabinet supaya membatalkan cuti mereka serta pulang sekiranya berada di luar negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Moratorium 6 Bulan, Pembiayaan Peribadi Tanpa Faedah Kepada Mangsa Banjir

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, perkara itu dibuat bagi bersama-sama membantu rakyat yang terjejas akibat banjir yang berlaku.

Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik segera supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini.

Jelasnya lagi, pembatalan cuti berkenaan akan terus berkuat kuasa sehinggalah masalah bencana banjir di negara ini pulih sepenuhnya.

Menteri bercuti sudah pulang, Ismail Sabri tangguh tunai umrah

Berhubung dengan perkara itu, Ismail Sabri juga telah mendedahkan bahawa beberapa menteri yang bercuti di luar negara sudah pun pulang selepas diarahkan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mereka yang sudah pulang sedang menjalani kuarantin dan akan bersama-sama ‘turun padang’ selepas tempoh tersebut berakhir.

Ramai menteri balik dan mereka ke luar negara awal sebelum banjir. Bila suruh balik, ada dua tiga dah balik tetapi mereka kena kuarantin dulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat sekitar kawasan yang terjejas banjir pada program gotong-royong Keluarga Malaysia di Taman Nandin, Hulu Langat.

Kita tak benar keluar lagi sebab bimbang sebar penyakit dan kena patuh SOP (prosedur operasi standard), Isnin atau Selasa akan bersama dengan khalayak.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyatakan bahawa dirinya juga adalah antara anggota menteri yang mahu bercuti dan telah pun membatalkan keputusan itu.

Hal itu selepas beliau mempunyai rancangan untuk menunaikan umrah pada 1 Januari, namun terpaksa membatalkannya untuk terus fokus dalam menangani masalah banjir di negara ini.

Kredit: Twitter Ismail Sabri I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas