Connect with us

Oh! Media

Moratorium 6 Bulan, Pembiayaan Peribadi Tanpa Faedah Kepada Mangsa Banjir

Trending

Moratorium 6 Bulan, Pembiayaan Peribadi Tanpa Faedah Kepada Mangsa Banjir

Simpati dengan kesengsaraan dan kepayahan yang terpaksa ditanggung oleh Keluarga Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil beberapa inisiatif untuk meringankan beban mangsa banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Senarai Bank Dan Bantuan Khas Untuk Mangsa Banjir Dan Pelanggan Terjejas Bencana Alam

Antara inisiatif yang ditawarkan kerajaan adalah,

  1. Bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan. Antara kemudahan termasuklah penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.
  2. Pembiayaan Kewangan Peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat bencana. Moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa- mangsa banjir di seluruh negara.
  3. TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan. Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan.
  4. Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk PMKS yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (Disaster Relief Facility, DRF 2022). BNM juga sedang berusaha untuk menambah peruntukan ke atas DRF 2022 yang diumumkan baru-baru ini, daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa.

Jelas beliau, inisiatif tersebut adalah lanjutan daripada bantuan kerajaan yang telah diumumkan sebelum ini. Ianya termasuklah Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah.

Namun begitu, netizen mencadangkan agar kerajaan memberi kebenaran kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan wang daripada akaun simpanan berbanding membuat pinjaman peribadi.

Kredit: Facebook Ismail Sabri Yaakob

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas