Connect with us

Oh! Media

“Baru Naik Kabinet Hari Ini Dah Buat Tuduhan” – Muhyiddin Sangkal Dakwaan Kempen Guna Duit Judi

Oh! Negara

“Baru Naik Kabinet Hari Ini Dah Buat Tuduhan” – Muhyiddin Sangkal Dakwaan Kempen Guna Duit Judi

Hangat di media sosial mengenai dakwaan terhadap parti Perikatan Nasional yang dikatakan menggunakan duit dana daripada syarikat judi untuk berkempen, eh yeke?

ADVERTISEMENT

BACA: Pas Kesal Anwar Tuduh Dana Pilihan Raya Perikatan Nasional Dari Syarikat Judi

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan telah dibuat oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim itu.

Tuduhan berat

Selain itu, Muhyiddin juga menegaskan bahawa dakwaan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri itu merupakan tuduhan yang berat.

Wallahi kami takkan lakukan perkara-perkara yang haram sebegitu. Takkan terima walau sesen pun sumbangan daripada mana-mana pihak gaming company hanya kerana kami nak duit, haram. – Muhyiddin

Muhyiddin juga menjelaskan bahawa pihaknya mempunyai ‘kawan’ yang selalu membantu sedikit sebanyak membantu kempen bagi parti PN.

Tetapi kami pun ada kawan, tak ramai sikit-sikit dok tolong bantu. Hat dia pun dapat juga, hat sana pun dapat juga. Kalau kami dapat, Gerakan dapat, Bersatu dapat, PAS pun dapat, salahkah? Ikutkan undang-undang tak salah. Yang Anwar boleh buat tuduhan, ini tuduhan berat. Baru naik kabinet hari ini dah buat tuduhan. – Muhyiddin

Agak-agak apa pendapat pembaca Oh! Media tentang hal ini?

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas