Connect with us

Oh! Media

Anwar Beri Masa 2 Minggu Kepada Majlis Tindakan Untuk Kaji Subsidi Bersasar

Oh! Negara

Anwar Beri Masa 2 Minggu Kepada Majlis Tindakan Untuk Kaji Subsidi Bersasar

Hari ini, Dato Seri Anwar Ibrahim telah memberi masa selama dua minggu kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 untuk mengkaji kesan subsidi bersasar berbanding dasar subsidi menyeluruh.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Beli Baru” – Anwar Ibrahim Tidak Mahu Pejabat Diubahsuai, Mahu Wujud Budaya Berjimat

Perdana Menteri itu memaklumkan agar semua kementerian dan agensi berkaitan dapat membentangkan info kesan subsidi tersebut kepada kabinet barunya kelak.

Subsidi bersasar

Anwar memberitahu bahawa subsidi untuk rakyat terutama golongan miskin perlu dikaji semula dan hasil perbincangan mereka mendapati bahawa subsidi terkini perlu disasarkan.

Saya tidak ada masalah dengan subsidi bagi rakyat, terutama rakyat yang susah. Tetapi dalam perbincangan kita, subsidi ini harus bersasar. Jika tidak, seperti harga minyak umpamanya, subsidi itu dimanfaatkan oleh rakyat dan golongan kaya. – Anwar Ibrahim

Sebagai penukaran penghapusan subsidi, Anwar membayangkan akan ada insentif lain yang akan diperkenalkan untuk perniagaan dan industri.

Jadi saya berikan mereka (majlis tindakan) tempoh dua minggu untuk cerakin, menelusuri seluruh implikasi dan bincang dengan sektor swasta, pelabur supaya mereka faham subsidi tujuannya itu untuk meringankan beban rakyat yang miskin. Tentunya golongan yang kaya dan industri tidak harus mengambil manfaat (dengan subsidi). – Anwar Ibrahim

Hm, agaknya apa pendapat pembaca Oh! Media tentang plan subsidi baru ini?

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas