Connect with us

Oh! Media

“Ahli Keluarga Tak Patut Dibayar Gaji” – Anwar Ibrahim Tegaskan Nurul Izzah Tidak Diberi Elaun

Oh! Negara

“Ahli Keluarga Tak Patut Dibayar Gaji” – Anwar Ibrahim Tegaskan Nurul Izzah Tidak Diberi Elaun

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah melantik anak perempuannya, Nurul Izzah menjadi penasihat kanan ekonomi dan kewangan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Memang Saya Pelawa Dia Bantu” – Anwar Ibrahim Sahkan Anaknya Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Tapi..

Berita tersebut menarik perhatian ramai dan ada antara netizen yang mendakwa Anwar telah menggunakan kuasa politik bagi kepentingan peribadi.

Tidak dibayar gaji

Menurut Anwar, pelatikan itu adalah dibuat berdasarkan kemampuan Nurul Izzah di samping tidak dibayar sebarang gaji dan elaun.

Mereka tidak sepatutnya melakukan perkara yang sama jika kamu bercakap tentang imbuhan. Dia tidak menerima sebarang elaun dan dia mempunyai pengalaman serta kepakaran.

Sebelum ini, timbul dakwaan kerajaan baru melakukan amalan nepotisme susulan pelatikan jawatan itu. Selain Nurul Izzah, pelantikan Muhammad Iqbal sebagai pegawai tugas-tugas khas kepada bapanya, Johari Abdul yang merupakan speaker bagi Dewan Rakyat turut menerima kritikan.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas