Connect with us

Oh! Media

Ada Pengalaman Luas, Nazri Aziz Dilantik Sebagai Duta Besar Malaysia Ke AS

Oh! Negara

Ada Pengalaman Luas, Nazri Aziz Dilantik Sebagai Duta Besar Malaysia Ke AS

Wisma Putra semalam mengumumkan telah melantik bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Astro Awani, Nazri Aziz adalah salah seorang daripada 10 orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ada pengalaman luas dalam pentadbiran

Foto: Bernama

Meskipun timbul pelbagai persoalan mengenai pelantikan Nazri, Kementerian Luar Negeri menjelaskan beliau dipilih kerana mempunyai pengalaman yang luas sebagai anggota pentadbiran negara.

Beliau yang merupakan graduan Lincoln’s Inn di United Kingdom pernah mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013 hingga 2018).

Selain itu, beliau juga berpengalaman sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Senarai penuh Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia

Senarai ketua-ketua pegawai yang lain adalah;

1) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Bakal Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat

2) Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin
Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia

3) Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony
Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina

4) Hendy Assan
Bakal Duta Besar Malaysia ke Holy See

5) Hafizah Abdullah
Bakal Duta Besar Malaysia ke Sweden

6) Gloria Corina Peter Tiwet
Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Brazil

7) Ruzaimi Mohamad
Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Kenya

8) Suzilah Mohd Sidek
Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Czech

9) Amarjit Singh Sarjit Singh
Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Demokratik Timor-Leste

10) ‘Alauddin bin Mohd Nor
Bakal Duta Besar Malaysia ke Kuwait

Kredit: Astro Awani | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas