Connect with us

Oh! Media

Oh! Video

Digital ID patut ke tak patut dilaksanakan?

Korang semua tahu tak pasal Identiti Digital Nasional atau Digital ID ? Digital ID ni sebenarnya suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang memberi manfaat kepada kita sama ada sektor awam atau swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa menggunakan transaksi secara dalam talian.

ADVERTISEMENT

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang beliau memberi peruntukan sebanyak RM80 juta kepada agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mimos Berhad untuk menyegerakan pelaksanaan Digital ID ni. Beliau juga individu pertama yang memiliki Digital ID di Malaysia.

Tapi, ramai je diantara kita yang sebenarnya risau dalam pelaksanaan Digital ID ni kan ? Ye lah sebabnya ada yang risau data peribadi kita terbongkar oleh kerajaan dan takut lagi mudah individu tu nak kena scam. Ada juga yang berpendapat, Digital ID ni memudahkan kerana dengan peredaran zaman sekarang yang semuanya di hujung jari. 

Kalau betul pelaksanaan Digital ID ni diwajibkan buat rakyat Malaysia, ianya ada kelebihan dan kekurangan dekat setiap individu. Untuk generasi muda ia memudahkan la kan ? tapi generasi yang berumur agak sukar buat mereka. Ye lah mereka ni bukan nya mahir dalam teknologi. 

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID ni adalah platform yang dipercayai dan selamat selain memudahkan pengesahan dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti. Ia juga memberi pelbagai kemudahan lain oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta.

Jadi, bila Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri daftarkan diri miliki Digital ID, rakyat rasa lebih yakin dengan keselamatan dan ketelusan sistem tu. Korang rasa patut ke tak patut Digital ID dilaksanakan ?

Kredit: Sab | [email protected]

Saya selaku produser bagi tim video, digital hos sepenuh masa dan juga penulis artikel sampingan di Oh Media!

Lagi dalam kategori Oh! Video

Ke Atas