Siapa je tak kenal dengan pempengaruh TikTok dan merupakan seorang peguam, Tun Laila yang sering namanya menjadi bualan netizen di TikTok sejak beberapa minggu ini.
Tun Laila memperoleh sekurang-kurangnya 3 juta tontonan setiap video dan lebih 760 ribu pengikut di TikTok.
IKLAN
Tun Laila Tun Rafaee, 26, mendapat gelaran peguam selepas tamat pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Menurut Sinar Harian, pempengaruh ini mengakui sering kali menerima tohmahan dan kecaman daripada pengguna media sosial pada permulaan kariernya sebagai peguam pelatih kerana sering berkongsi mengenai sistem perundangan negara.
Laila yang begitu minat dalam bidang undang-undang dan kini telah pun bergelar peguam berkata dia tidak mahu berhenti menyampaikan maklumat kepada pengguna di media sosial.
Masalah melibatkan undang-undang bukan mudah atau straight forward, jadi banyak perkara yang perlu diteliti termasuk fakta dalam sesuatu kes.
Undang-undang yang terpakai dalam fakta kes terbabit boleh memakan masa yang agak lama untuk difahamkan.
Perbezaan sebelum dan selepas bergelar pempengaruh
Menurut Laila, beliau akui dapat mengenali dengan lebih ramai orang serta belajar banyak perkara dan menimba ilmu selepas bergelar seorang pempengaruh.
Bukan itu sahaja, bagi Laila ia memberi kesedaran ketika proses pembelajaran untuk terus merendah diri bersama orang ramai.
Perkongsian undang-undang di media sosial lebih senang dan faham
Tun Laila berkata, perkongsian maklumat menerusi media sosial menjadikan asbab kepada orang ramai untuk lebih celik mengenai undang-undang walaupun hanya perkara asas.
Kalau dulu memang saya buat video dan muat naik di media sosial sebagai hobi, tetapi sekarang saya memang buat video berkenaan undang-undang dengan niat agar kita semua lebih celik mengenainya.
Sedar atau tidak sebenarnya, perkongsian ilmu berkaitan undang-undang oleh Tun Laila sedikit sebanyak mempengaruhi dan membantu orang ramai memahami sistem perundangan di Malaysia.
Malah, penjelasan yang disampaikan oleh beliau juga sangat mudah, cepat dan senang difahami.