Oh! Inspirasi
Syarikat Korea Beri Pekerja Apple Watch, AirPods Max Dan Bonus RM15,000
Tahun lepas beri PS5 Pro, tahun ini beri Apple Watch dan Airpods Max pula.
Sebuah syarikat pembangun permainan video dari Korea Selatan, Studio Shift Up yang berada di sebalik permainan Stellar Blade, sekali lagi menarik perhatian apabila mengumumkan satu pemberian luar biasa kepada setiap kakitangan mereka sebagai tanda penghargaan atas kerja keras yang diberikan.
Ini bukan kali pertama Studio Shift Up ‘murah hati’

Menerusi laporan IGN Southeast Asia, kira-kira 300 pekerja Shift Up menerima sebuah Apple Watch, sepasang AirPods Max serta bonus tunai berjumlah USD3,400 (RM15,000).
Inisiatif ini bertujuan untuk mengekalkan bakat sedia ada dan memberi galakan berterusan kepada tenaga kerja syarikat.
Pada tahun lalu, semua kakitangan menerima sebuah PS5 Pro bersama bonus tunai sebanyak 5 juta won, yang juga bernilai sekitar RM15,000.
BACA: Syarikat Korea Hadiahkan Pekerja PS5 Pro Dan Bonus RM15K
Pada Jun lalu, setiap pekerja turut menerima sebuah Nintendo Switch 2 selepas Stellar Blade berjaya mencatat jualan sebanyak 3 juta salinan di seluruh dunia.

Selain itu, pada 2024, Shift Up dilaporkan memberikan kad prabayar bernilai sekitar USD6,800 (RM28,000) kepada kakitangan, manakala pada 2023 pula, Shift Up memberikan iPhone 14 sebagai sebahagian daripada insentif syarikat.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Shift Up, Hyung-tae Kim, baru-baru ini menerima Anugerah Presidential Commendation di Korean Content Awards sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam industri permainan video.
Shift Up CEO & Stellar Blade Director @jamm3rd received a Presidential Citation at the 2025 Korea Content Awards for advancing KR console and subculture games worldwide🌟
— Stellar Blade | NIKKE | Destiny Child | 🍑✨ (@ShiftUpWorld) December 12, 2025
As we have been saying, #StellarBlade undisputed success is a total breakthrough in the KR game industry! pic.twitter.com/TbP6JOdZcT
Pssttt! Apabila syarikat berkongsi hasil kejayaan mereka dengan pekerja, ia bukan sahaja mampu menarik bakat-bakat terbaik, malah turut memastikan pekerja sedia ada kekal bersemangat, bermotivasi dan setia kepada syarikat.
Semoga banyak lagi majikan mampu memberikan yang terbaik kepada kakitangan mereka seperti syarikat Shift Up lakukan.
Kredit: IGN Southeast Asia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM