Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Sambut Baik Ramadan, Hakim Wanita Bertudung Pertama Di Mahkamah AS

Oh! Inspirasi

#RENUNGAN Sambut Baik Ramadan, Hakim Wanita Bertudung Pertama Di Mahkamah AS

Di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, ramai antara umat Islam cuba sedaya upaya mengerjakan kembali ibadah yang pernah ditinggalkan. Buat yang belum menutup aurat, ada juga telah kembali bertudung.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN “Masih Anak Kandung” – Ibu Ini Tetap Menerima Anak Meski Berbeza Pendapat Agama

Hal ini juga berlaku terhadap seorang hakim di Amerika Syarikat, Nadia Kahf yang memakai hijab kali pertama ketika perbicaraan di mahkamah.

Bertudung

bertudung

Memetik laporan Kosmo, Nadia merupakan peguam berasal dari Syria dan telah mengangkat sumpah jawatan hakim dengan menggunakan kitab suci Al-Quran kelmarin.

Meskipun Nadia bukan wanita Islam yang pertama berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau merupakan hakim wanita Islam pertama bertudung ketika sesi perbicaraan di mahkamah.

Sebelum ini, Nadia telah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey iaitu sebuah pertubuhan hak-hak sivil Muslim di mana beliau kini berkhidmat sebagai pengerusi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas