Connect with us

Oh! Media

Pelajar UiTM Berjaya Raih Tempat Kedua Dunia Dalam Peperiksaan ACCA

Oh! Inspirasi

Pelajar UiTM Berjaya Raih Tempat Kedua Dunia Dalam Peperiksaan ACCA

Wah tak sangka dua pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya membanggakan nama Malaysia dengan meraih tempat kedua di dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

ADVERTISEMENT

BACA: Pekerja Setia Selama 12 Tahun Terima Hadiah Rumah, Kereta Dan Bonus Raya Dari Majikan Cina

Menerusi laporan Harian Metro, pihak UiTM menyatakan pelajar yang dikenali sebagai Nur Ilhan Nurina berjaya meraih tempat pertama di dalam Malaysia dan kedua di dunia dalam peperiksaan Audit and Assurance (AA).

Manakala, Muhammad Fawwaz pula berjaya memperoleh tempat pertama dan kedua dunia bagi Top ACCA FIA Prize Winner bagi kertas Management Information (MA1).

Kejayaan konsisten pelajar ini memberikan impak positif, motivasi dan inspirasi kepada rakan seperjuangan, keluarga, fakulti, UiTM dan rakyat Malaysia secara amnya.

Dua pelajar ini, masing-masing dari kampus Shah Alam dan Tapah, Perak.

Susulan itu, fakulti berkenaan juga ingin meningkatkan jumlah graduan professional dalam bidang perakaunan negara bagi mencapai aspirasi kerajaan menjelang 2030.

Sebagai fakulti yang terbesar di Malaysia dalam bidang perakaunan, Fakulti Perakaunan mendukung tanggungjawab yang signifikan.

Fakulti Perakaunan sentiasa berusaha menghasilkan graduan perakaunan yang market-ready.

Pencapaian ini seterusnya membuatkan pihak fakulti akan memperluaskan peluang pengajian professional perakaunan bagi lepasan SPM di cawangan lain selain dari kampus Shah Alam.

Bukan senang nak lepas ACCA, hebat betul mereka ni sampai berjaya dapat nombor dua dalam dunia. Semoga terus maju jaya!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas