Connect with us

Oh! Media

Pakai Serkup Plastik Datang PPV, Ramai Tak Sangka Apa Yang ‘Uncle’ Ini Buat Lepas Terima Vaksin

Oh! Inspirasi

Pakai Serkup Plastik Datang PPV, Ramai Tak Sangka Apa Yang ‘Uncle’ Ini Buat Lepas Terima Vaksin

Imej seseorang individu itu tidak wajar dikritik meskipun dia kelihatan pelik di mata orang ramai. Dalam diam, mungkin orang seperti ini memiliki personaliti yang baik sehingga mengejutkan orang ramai.

Kadang-kadang orang yang kelihatan pelik itu yang memberi manfaat dan kebaikan orang lain macam yang berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Menerusi perkongsian mereka di laman Facebook, kelihatan seorang uncle datang ke lokasi tersebut untuk mendapatkan suntikan vaksin. Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah dia mengenakan plastik sebagai serkup yang diletakkan di atas kepalanya.

IKLAN
Hot Daddy

Sumber : Facebook USM

Pakcik ini datang ke PPV USM hari ini untuk dapatkan vaksin. Dia datang menaiki teksi dan penampilannya yang mengenakan serkup plastik menarik perhatian dan menjadi bahan ejekan orang ramai

Meskipun mendengar ketawa berbaur ejekan, warga emas tersebut tidak mengendahkannya dan terus mengikuti prosedur untuk mendapatkan vaksin. Sesudah proses vaksinasi selesai, dia bergerak ke meja sekretariat dan apa yang dilakukan sangat menyentuh hati.

Hot daddy 1

Sumber : Facebook USM

Petugas barisan hadapan sudah bekerja keras. Tolong belikan mereka makanan tengah har

Dia berpesan sambil menghulurkan sejumlah duit kepada salah satu petugas di PPV berkenaan sebelum pulang menaiki teksi yang sama dia datang ke PPV. Tindakan warga emas berkenaan benar-benar mengejutkan dan menyentuh hati orang ramai.

warga emas pakai serkup plastik

Sumber : Facebook USM

Pakcik yang dikasihi, semoga Tuhan memberkati. Marilah kita sama-sama memberi rasa sedikit kasih sayang

Gambar momen-momen warga emas ini datang ke PPV USM itu diambil oleh jurugambar kakitangan. Bercakap mengenai serkup plastik itu, petugas yang berada di lokasi sudah menasihatinya untuk membuang plastik itu dan menukarnya kepada face shield namun uncle ini mempunyai keyakinan yang tinggi dengan apa yang dilakukannya.

biar Nampak Jahat Dari Bertopeng Kononnya Baik  Ali Puteh Dedah Perangai Sebenar Hidayah

Sumber : Facebook USM

Menjengah ke ruangan komen hantaran Facebook tersebut, rata-rata warganet turut tersentuh apa yang dilakukan oleh warga emas berkenaan dan berdoa agar dia sentiasa diberi kesihatan.

warga emas pakai serkup plastik

Sumber : Facebook

warga emas pakai serkup plastik

Sumber : Facebook

Kredit : Facebook USM

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas