Connect with us

Oh! Media

“Demi Kelangsungan Hidup, Beliau Sanggup Buat”, Netizen Puji Ketabahan Bekas Pilot Malindo

Pilot Malindo

Oh! Inspirasi

“Demi Kelangsungan Hidup, Beliau Sanggup Buat”, Netizen Puji Ketabahan Bekas Pilot Malindo

Viral di Facebook kisah seorang pilot Malindo Airways yang mula berniaga menggunakan marketing tersendiri selepas terpaksa diberhentikan kerja.

Perkongsian dari Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya memuji ketabahan Kapten Azrin Mohamad Zawai dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Hanya menjual mi kari, bihun sup, laksa utara dan rojak buah di tepi jalan, Kapten Azrin sanggup berpanas dengan memakai uniform pilotnya semasa berniaga. Sesuai dengan nama kedainya ‘Kapten Corner’, Kapten Azrin cuba membuat sesuatu yang unik untuk menarik pelanggan datang ke gerainya.

IKLAN

Ohmedia tengok, ramai netizen yang doakan agar urusan Kapten Azrin dipermudahkan, dan tak kurang juga yang bagi cadangan untuk penambahbaikan. Siap ada yang suggest tambah pramugari lagi. Amboi!

Photo6129723066985589593
Photo6129723066985589592
Photo6129723066985589591

Apapun, Kapten Azrin bukti seorang yang tak mudah putus asa walaupun ditimpa dugaan, tambah-tambah waktu kritikal pandemik ni. Jangan risau. Rezeki ada di mana-mana, yang penting kita usaha.

Kredit: Facebook Dato’ Dr Mohd Izhar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas