Connect with us

Oh! Media

Mek Kelate Jual Nasi Bajet RM4 Sebungkus, Tak Sampai 3 Jam Niaga Semua Sold Out!

Nasi Bajet

Oh! Inspirasi

Mek Kelate Jual Nasi Bajet RM4 Sebungkus, Tak Sampai 3 Jam Niaga Semua Sold Out!

RM4 je sebungkus? Biar betul? Ha macam tak percaya, tapi itulah harga bagi sebungkus nasi ‘bajet’ yang dijual Mek Klate di Tumpat ini.

BACA: Graduan Tak Malu Niaga Cek Mek Molek Depan Rumah, Sebulan Dapat RM10,000

Bukan jer murah, tapi peniaga ini turut menawarkan pelbagai jenis lauk antaranya ayam cincang, ayam gulai, ikan keli masak berlado dan lain-lain.

IKLAN
Nasi Bajet Tumpat
Peniaga

Wah nampak sedap kan? Tapi baru-baru ini, Sha Mohd Razali dikecam mengelirukan pelanggan dengan penggunaan ‘bajet’.

Nasi Bajey
Sha Razali

Kata netizen, RM4 bukanlah ‘bajet’ sebab di negeri Kelantan harga itu normal. Ada juga yang jual nasi berlauk dengan harga RM3 sebungkus, seriuslah!

Semua nasi yang Sha jual bajetnya memang RM4. Baik ambil peha ayam, sayap ayam, ayam cincang, ayam gulai, ayam berlada semuanya dijual dengan harga RM4.

Bagi Sha pula, penggunaan ‘bajet’ merujuk kepada anggaran harga kalau membeli di gerainya. Satu lauk dikira RM3 dan nasi pula RM1. Mana nak cari woi!

Sha Mohd Razali

Memang seronok berniaga apabila jualan Sha laku teruk dan habis dalam masa beberapa jam je tau. Yang penting, Sha sentiasa mementingkan kualiti bahan mentah. Macam inilah baru peniaga jujur, ye dak?

Kredit: Facebook Sha Mohd Razali

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas