Connect with us

Oh! Media

Korang Ada Jiran Yang Baik? Calonkan Mereka Sebagai ‘Hero’ Komuniti!

Paramount Property

Oh! Inspirasi

Korang Ada Jiran Yang Baik? Calonkan Mereka Sebagai ‘Hero’ Komuniti!

Paramount Property melalui kerjasama dengan PropSocial, mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan ‘hero’ komuniti dengan mencalonkan mereka sebagai Wira Kejiranan melalui projek Hidup Berjiran.

ADVERTISEMENT

Projek ini bertujuan untuk mendorong semangat kejiranan serta mengenali orang awam yang memberi manfaat luar biasa kepada komuniti mereka.

Dianjurkan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, geran sejumlah RM9,000 akan diberikan kepada tiga wira kejiranan yang terpilih.

Setiap pemenang akan mendapat geran RM3,000 setiap seorang. Ini bagi membantu mereka meneruskan usaha murni membangunkan komuniti sekitar. Pencalonan dibuka dari 25 Ogos hingga 9 September 2021.

“Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kita setiasa diingatkan tentang sejarah, perjuangan dan kemajuan negara.

Dalam waktu yang sama, kita juga perlu mengetahui pentingnya merangkul perbezaan sebagai rakyat Malaysia untuk kehidupan yang harmoni dan bersatu-padu,” kata Pengarah Eksekutif Paramount Corporation Berhad, Benjamin Teo.

“Semasa kami melakukan perbincangan untuk projek ini, kami didorong oleh salah satu tonggak Paramount Property iaitu ‘Uplifting Communities’.

Di sinilah kami bangkit untuk melakukan perubahan dalam komuniti. Oleh kerana itu, kami memilih tema ‘Hidup Berjiran’ bagi meraikan perbuatan murni rakyat Malaysia terhadap orang lain dan mengenali hero yang tak didendang ini”, tambah Teo.

Pemaju hartanah sering membincangkan aspek reka bentuk dan fungsi pembangunan. Namun, hakikat sebenar kehidupan komuniti ialah masyarakat yang tinggal di kawasan itu dan nilai-nilai yang mereka bawa bersama.


Untuk mencalonkan wira kejiranan anda, layari www.paramountproperty.my/hidupberjiran, isikan butiran mereka dan beritahu kami apakah sumbangan yang diberikan ‘wira’ anda kepada komuniti.

Tarikh tutup penyerahan adalah pada 9 September 2021.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas