Connect with us

Oh! Media

Gadis Stesen Minyak Luah Kena Hina Dengan Pelanggan – “Belajar Tak Pandai, Sebab Tu Jadi Cashier”

gadis stesen

Oh! Tidak

Gadis Stesen Minyak Luah Kena Hina Dengan Pelanggan – “Belajar Tak Pandai, Sebab Tu Jadi Cashier”

Biasa dengar tak dengan ayat, “tidak kira kerja apapun dalam dunia ni, asalkan ianya halal”. Pakcik ni tak patut hina pekerjaan orang lain sebab itu rezeki dan jalan yang ditetapkan Allah.

ADVERTISEMENT

Ohmedia tertarik dengan perkongsian seorang gadis yang dikenali sebagai Izzati, bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak di mana dia telah dihina seorang pelanggan.

Gadis stesen minyak terkejut diherdik seorang pakcik…

Sebelum kejadian, saya nampak pakcik tu masuk seorang diri ke dalam kedai dan waktu tu dia dah mula pandang saya atas bawah. Seperti ada sesuatu yang tidak kena tentang diri saya.

Mungkin dia nampak saiz badan saya kecil sangat seperti pelajar sekolah tapi dah bekerja. Dia kemudian pergi ke peti sejuk untuk ambil air. Lepas tu dia datang kepada saya untuk bayar.

Ketika inilah pakcik itu mula bertanya kepada gadis ini samaada masih bersekolah atau tidak. Gadis itu menjawab dirinya sudah habis bersekolah dan tidak menyangka ini tindak balas pakcik terbabit.

Saya anggap biasa je soalan tu. Lepas tu, dengan muka dan nada dia yang angkuh, dia cakap mesti saya belajar tak pandai ni, itu yang kerja stesen minyak. Saya terkedu, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba kena herdik.

Pakcik itu turut mempersoal mengapa tidak sambung belajar untuk dapat gaji yang lebih tinggi berbanding pekerjaan sekarang yang hanya dapat RM1,500.

Izzati bagaimanapun tidak melenting dan bersabar walaupun ianya agak biadap. Dia turut sudah memaafkan pakcik berkenaan kerana tidak mahu menyimpan dendam dan mahu jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk ubah nasib hidup.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas