Connect with us

Oh! Media

Dulu Kerja Sebagai Juruterbang, Kini Tiga Sahabat Selesa Jadi Pengusaha Kolam Ikan Air Tawar

Oh! Inspirasi

Dulu Kerja Sebagai Juruterbang, Kini Tiga Sahabat Selesa Jadi Pengusaha Kolam Ikan Air Tawar

Pandemik yang berlaku di negara Malaysia memberi banyak kesan kepada semua orang termasuklah yang hilang pekerjaan. Tiga orang sahabat ini yang dulunya mempunyai kerjaya sebagai juruterbang kini berjuang menjadi pengusaha kolam ikan air tawar sejak dua bulan lalu.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Harian Metro, ketiga-tiga bekas juruterbang di sebuah syarikat penerbangan terkemuka itu menukar kerjaya dengan mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar di Pasir Panjang, Port Dickson.

Sumber : Harian Metro

Pawan Al Muzammel Ishak, 29, merupakan bekas juruterbang Boeng 737 terpaksa menukar pekerjaan sebagai penternak ikan air tawar selepas menamatkan kerjayanya setahun lalu.

Sumber : Harian Metro

Pada mulanya saya agak ‘terkejut’ selepas hilang pekerjaan tersebut dan menjadi seorang penganggur. Namun, saya segera bertindak dengan tidak hanya duduk mengenang nasib seperti menunggu buah yang tak gugur

Menurutnya, sebelum ini dia pernah menjadi agen hartanah selama setahun sebelum cuba untuk menceburi bidang ternakan ikan bersama dua orang lagi sahabatnya yang juga merupakan kembar seiras.

Mohamed Noor Aimii, 28, memaklumkan yang dia pernah menjadi peniaga air kelapa bersama saudara kembarnya dia hadapan rumah. Baginya, kehidupan perlu diteruskan dan sentiasa berfikiran positif bahawa rezeki ada di mana-mana asalkan berusaha.

“Bagi saya tidak apa yang perlu dimalukan walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan pernah menjadi juruterbang A330 Airbus dengan AirAsia X”

Sumber : Harian Metro

Kembarnya, Mohamed Noor Aiman mengatakan mereka berusaha untuk menyewa tanah dan kolam yang sudah sedia ada.

Kami hanya menggunakan modal sebanyak RM 20,000 sebagai permulaan dan kadar sewa kolam hanya RM 600 sebulan

Sumber : Harian Metro

Terdapat dua kolam yang ketiga sahabat ini usahakan dan salah satu kolam sudah dimasukkan sebanyak 40,000 ekor ikan talapia merah. Manakala, kolam yang lain dalam proses untuk mengeluarkan ikan yang sedia ada ke takungan kerana perlu dibersihkan sebelum memasukkan benih ikan yang baru.

Bukan saja ikan talapia, mereka juga menternak ikan jenis Leeko, keli dan haruan bersama dengan seorang pekerja Am yang baru diambil bekerja.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas