Oh! Inspirasi
“Dari IT ‘Terjun’ Ke Dunia Media. 25 Tahun Kemudian….”-Nazrudin Rahman
Bagi kebanyakan kita, memilih kerjaya adalah perkara yang perlu perancangan yang jelas dan teliti. Perjalanan memulakan karier tidak mudah ada yang dirangka dengan segenggam ijazah, perancangan atau jangkaan. Tapi pernahkah anda terfikir bahawa kerjaya yang “memilih” kita tanpa sedar.
Nazrudin Rahman atau lebih dikenali sebagai Abang Naz, bukanlah satu figura yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Personaliti televisyen ini terkenal dengan aura mesra dan versatil dalam industri media. Lebih dua dekad dalam dunia penyiaran, portfolio beliau semestinya luar biasa.
Lebih menarik, perjalanan beliau tidak bermula daripada dunia media… tapi sebaliknya dalam bidang IT.
Daripada IT ‘Terjun’ Ke Dunia Media

Mendapat pendidikan awal di St. John, Nazrudin kemudian menyambung pengajian di jurusan Charles Sturt University dalam bidang Sistem Maklumat. Namun semasa di tahun ketiga pengajian, beliau berhenti daripada jawatan pengurus di sebuah syarikat IT multinasional.
Satu hari ketika sedang makan di sebuah restoran makanan segera, beliau telah dihampiri oleh syarikat media yang sedang mencari bakat baru.
“Mereka panggil saya untuk uji bakat hari Jumaat, dan pada hari Isnin, saya dah pun di set penggambaran untuk episod pertama saya. Dari situlah perjalanan saya bermula, saya belajar segalanya dari penulisan skrip, kerja kamera sehinggalah ke pencahayaan.
“Selepas saya jelaskan baki yuran universiti, saya sedar industri media ni dah pun curi hati saya. Dari situ, saya pilih untuk terus kekal, bukan kembali ke dunia IT,” katanya.
“Awak gila!”
Semasa zaman sekolah dan universiti, Nazrudin aktif dalam kumpulan vokal SoulStreet. Di situlah pengalaman pertama beliau memegang mikrofon. Muzik sememangnya cinta pertama beliau, tapi realitinya, dia memerlukan kerja yang boleh membayar bil.
Dalam dunia korporat, Nazrudin pernah menjadi jurujual terbaik bagi rantau APAC. Tapi sambil-sambil bekerja, beliaut turut mengambil job emcee dan voice-over sebagai pendapatan tambahan. Katanya, itu “tempat latihan paling bagus” untuk bakal pengacara.

“Pada awalnya, saya tak anggap pun ia laluan kerjaya. Hanya sekadar untuk teruskan kehidupan. Saya masih ingat buat job kecil-kecilan dari pukul 10 pagi sampai 10 malam, tiga hari berturut-turut semata-mata nak dapat RM500 sehari. Saya tak tahu masa tu yang waktu panjang itu sebenarnya latihan paling sempurna untuk masa depan.”
Titik perubahan datang secara tak sengaja apabila penerbit Kelab Disney Malaysia ternampak beliau sedang bergurau dengan juruwang tentang kentang goreng.
“Dia datang pada saya dan tanya kalau saya nak masuk TV. Tapi saya tolak dan cakap dia gila,” katanya sambil ketawa.
Walaupun ditolak, penerbit itu tetap memberinya kad nama. Nazrudin akhirnya menghubungi penerbit itu untuk meminta maaf kerana mengelarnya ‘gila’. Beliau kemudiannya pergi ke uji bakat… dan tak pernah menoleh ke belakang sejak itu.
“Kalau saya tak buat jenaka tu, mungkin saya takkan berada di tempat saya hari ini. Saya tak pernah kejar pun kerjaya ni, ia sendiri datang pada saya. Apa yang boleh saya kata ialah Tuhan sebaik-baik perancang.”
Perjuangan awal memulakan karier
Tapi permulaan kariernya tidaklah indah dan diterima semua orang. Arwah bapanya mengetahui secara tiba-tiba mengengai hal itu, sewaktu menonton televisyen pada Sabtu pagi dan peristiwa itu telah mencetuskan ‘perang dingin’.

“Itu memang cara paling teruk untuk dia tahu. Dia tak bercakap dengan saya selama enam bulan. Syukurlah akhirnya dia dan keluarga boleh terima.”
Nazrudin kata ramai sangka bekerja di TV itu glamor, tapi itu cuma pada permukaan.
“Realiti pengacaraan tak sama macam yang orang nampak. Sama macam bidang lain, ada cabaran tersendiri. Bila live dekat TV, kita sentiasa takut berjuta orang ketawakan kalau kita tersilap. Jadi, ia bukan untuk semua orang.”
Apa yang dilakukan untuk bertahan dalam industri?
Bagi Nazrudin, pengacaraan bukan pasal spotlight semata-mata, tapi tentang pasukan yang bekerja keras di belakang tabir.
Bila rancangan berjalan lancar, bila event tamat dengan gelak tawa… Kepuasan tu memang tak boleh dibeli.
“Saya rasa itu sebab saya masih buat benda ni. Dah 25 tahun pun, saya masih teruskan. Dulu saya buat sebab nak hidup. Sekarang ia dah jadi minat sebenar!”
Antara momen paling istimewa bagi dia ialah 10 tahun jadi hos Jalan-Jalan Cari Makan.
“Dapat jelajah negara, rasa nadi rakyat, jumpa peminat yang hargai kerja kita… itu pengalaman yang tak ternilai.”

Tapi momen paling membanggakan berlaku baru-baru ini, ketika menjadi pengacara bersama isterinya, Sheahnee Iman Lee, di pentas Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN.
Imbang relevan dan integriti kreatif
Nazrudin mengakui untuk kekal relevan dalam industri yang sentiasa berubah bukanlah mudah.
“Setiap hari trend berubah. Apa yang menjadi hari ini mungkin tak menjadi esok. Tapi ironinya, teknologi sebenarnya beri peluang untuk kita lebih jujur.”

Baginya, platform digital memberi kebebasan untuk berkarya dengan suara sendiri.
Beliau juga menyebut lakonan sentiasa jadi keutamaan, tapi hanya dengan skrip yang bagus.
Perasaan menjelmakan watak dan menyampaikan sesuatu yang benar pada audiens, itu kepuasan yang tiada tandingan. Pada akhirnya, ia bukan sekadar hafal dialog tapi menjadi orang lain sepenuhnya dan berkongsi kebenaran itu.
Nasihat untuk diri semasa muda?
“Berhenti meragui diri. Jangan biarkan sindrom penipu (imposter syndrome) menjadi penghalang perjalanan anda. Percaya pada diri dan terbanglah!
“Tiada jalan pintas dalam hidup. Kalau sesuatu bunyinya terlalu bagus, mungkin memang tak betul. Dan paling penting, TIDUR! Otak dan badan anda perlukan rehat. Anda akan berfungsi jauh lebih baik.”
*Temubual telah dilakukan oleh pihak WeirdKaya. Artikel ini merupakan terjemahan dan olahan dari Ohmedia.
Kredit: WeirdKaya
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM