Connect with us

Oh! Media

“Dapat RM1,500 Sehari” – Lelaki Ini Sanggup Berhenti Kilang Demi Jadi ‘Beach Boy’ Sepenuh Masa

3 20230303 230009 0002

Oh! Inspirasi

“Dapat RM1,500 Sehari” – Lelaki Ini Sanggup Berhenti Kilang Demi Jadi ‘Beach Boy’ Sepenuh Masa

Walaupun telah merantau jauh bagi mencari pendapatan, seorang anak jati Langkawi sanggup berhenti dari bekerja kilang dan kembali semula ke tempat asalnya.

BACA: Banyak Kali Dia Mengalir Air Mata” – Sentiasa Borak Dengan Suami, Wanita Ini Tabah Rider Dilanggar Hingga Koma

Lelaki tersebut merupakan Arash Nashran Abdul Maser yang lebih selesa bekerja sebagai beach boy dan memberi jasa kepada kampung halamannya.

IKLAN

Berhenti demi minat

Img 20230303 225048 607

Menurut Arash, pekerjaan itu melibatkan dirinya bertugas dalam menguruskan sewaan jet ski, parasailing, jadi pemandu pelancong dan sebagainya.

Saya tak boleh duduk di sana, saya teringat pantai. Saya memang minat laut sejak kecil lagi. Selepas kembali ke Langkawi dua tahun lepas, saya bekerja sebagai beach boy.

Arash juga tidak menafikan mengenai pandangan serong oleh masyarakat mengenai pekerjaannya. Namun, asalkan pekerjaan tersebut mampu menyara diri dan keluarga sudah memadai buatnya.

Dah biasa orang pandang negatif terhadap pekerjaan ini. Tapi tak semua beach boy jahat. Orang pernah pandang serong, sebab orang cakap beach boy ni jahat, selalu bawa tetamu mat salih. Tapi saya seronok dapat perkenal tempat kita kepada orang luar.

Pemuda itu juga mendedahkan bahawa dia pernah dibayar hingga RM1,500 sehari disebabkan layanannya yang baik buat pelancong.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas