Connect with us

Oh! Media

“Comelnya!!! ”- Paparan 3D Octo ‘Lambung’ Yee Sang Depan Pintu Pavilion Buat Orang Ramai Teruja!

Branded

“Comelnya!!! ”- Paparan 3D Octo ‘Lambung’ Yee Sang Depan Pintu Pavilion Buat Orang Ramai Teruja!

Pavilion Kuala Lumpur kena ‘tawan’ dengan Octo gergasi 3D. Video perayaan daripada CIMB ini menunjukkan teras perayaan Tahun Baru Cina.

Baru-baru ini ada satu video di media sosial memaparkan seekor Octo sedang melambung Yee Sang dengan lapan lengan yang comel. 

Paling syok, ini bukan sekadar video sempena perayaan Tahun Baru Cina yang korang biasa tengok, sebaliknya video ni korang boleh rasa macam real- dengan effect 3D. Orang ramai yang lalu lalang pun terpegun bila menyaksikan ramuan Yee Sang seperti salmon, lobak merah dan sebagainya seakan-akan ‘hidup’ dan keluar daripada skrin.

Ini pastinya jadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan menyatukan masyarakat yang berbilang budaya, di samping kita melangkah ke hadapan bersama untuk menyambut Tahun Naga (mengikut kepercayaan zodiak Cina) dengan penuh keyakinan.

Pertama Kali Di Malaysia- Rasa Macam Octo Keluar Dari Skrin!

Mana yang belum tengok lagi video ni, jom ke Pavilion Kuala Lumpur dan saksikan sendiri Octo beraksi. Lepas tu, get ready untuk imbas kod QR bagi akses terus ke filter CNY CIMB. Ada sesuatu yang istimewa menanti korang!

Nak lagi mudah, scan kod QR kat bawah ni

Anda berpeluang untuk menang sehingga RM8,888 dengan CNY Filter dari CIMB. Macam Mana Tu?

Post gambar paling kreatif dengan filter CNY CIMB dan korang berpeluang memenangi baucar Touch n’ Go bernilai sehingga RM8,888. Seriuslah?!!

Senang je tau nak menang, ikut langkah ni:

Langkah 1: Scan kod QR untuk akses kepada filter CNY

Langkah 2: Ambil video atau foto kreatif dan kongsikannya di Facebook atau Instagram reel

Langkah 3: Tag @cimbmalaysia.

Langkah 4: Sertakan hashtag #MovingForwardWithYou #CIMBCNY2024 dalam kapsyen

Langkah 5: Pastikan akaun dalam mod public

Hantaran (posting) yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Rebut ang pow dengan filter CNY CIMB sekarang. Mungkin koranglah pemenang yang bertuah tu. Peraduan berlangsung dari 3 Februari hingga 24 Februari 2024.

Dengan semangat MOVING FORWARD WITH YOU, CIMB mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang merayakannya. Layari www.cimb.com.my/cnyocto untuk maklumat lanjut.

p/s: Aktiviti melambung Yee Sang merupakan simbolik dalam masyarakat Cina. Di mana semakin tinggi Yee Sang dilambung, seseorang itu dipercayai bakal mendapat lebih ong atau tuah (jadi kaya).

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas