Connect with us

Oh! Media

Oh! Inspirasi

“Bayi Kami Disahkan Dalam Kedudukan Frog Position” – Bapa Sanggup Cipta Kerusi Roda Khas Untuk Anak Istimewa

Betul kan bila orang kata ibu bapa ni sanggup korbankan apa sahaja untuk anak? Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang bapa yang tak sanggup lihat pergerakan anaknya terbatas sampai sanggup cipta kerusi roda khas.

BACA: Seorang Di Wad, Pesakit Lelaki Menangis Apabila Aunty Katil Sebelah Bantu Suap Makanan

IKLAN

Menerusi laporan Berita Harian, bayi berusia setahun tujuh bulan, Muhammad Qhalish Mohd Noor Syazwan telah disahkan menghidapi spina bifida sejak dari dalam kandungan lagi.

Bapanya, Mohd Syazwan berkata penyakit itu menyebabkan gangguan urat saraf yang mengakibatkan anaknya lumpuh dari bahagian pinggang dan ke bawah.

Hasil pemeriksaan kandungan, bayi kami disahkan dalam kedudukan ‘frog position’ yang kakinya bersilang ke atas dan tidak bergerak.

Idea untuk mencipta kerusi roda khas itu tercetus selepas Syazwan yang bekerja sebagai jurutera mekanikal melakukan carian di internet ke atas kanak-kanak yang ada masalah sama di luar negara.

Untuk memberikan semangat dan dorongan kepada Qhalish supaya dia tidak rasa disisihkan kerana kekurangan dirinya, suami mula melakukan kajian untuk mencipta kerusi roda.

Jika bayi atau kanak-kanak yang sekitar usianya sudah boleh merangkak, berjalan dan berlari, namun Qhalish yang hanya mampu menyeret kakinya. Dia menggunakan tangan untuk bergerak.

Menurut ibu bayi berkenaan, Nur Faradila berkata bahan yang digunakan oleh suaminya adalah kerusi khas kanak-kanak, papan pemotong daging bersaiz besar, tayar basikal, bearing dan span.

Pernah diberi pilihan untuk kekalkan kandungan

Pasangan ini juga pernah diberi pilihan untuk mengekalkan kandungan atau sebaliknya oleh doktor setelah mengesahkan anaknya mempunyai masalah.

Selepas berbincang dengan keluarga, kami mengambil keputusan untuk mengekalkan kandungan sehingga bersalin.

Sementara itu, Qalish difahamkan menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi membetulkan tulang yang menyekat urat saraf bahagian belakang.

Besarnya pengorbanan ibu dan ayah adik ni. Semoga pembedahan Qalish berjalan lancar dan kakinya dapat berfungsi macam kanak-kanak yang lain.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas