Connect with us

Oh! Media

Abang Viva Setuju Terima 4×4, Sha Hassan Terpaksa Jelaskan Sekali Lagi Tuduhan Melampau Netizen

abang viva

Oh! Inspirasi

Abang Viva Setuju Terima 4×4, Sha Hassan Terpaksa Jelaskan Sekali Lagi Tuduhan Melampau Netizen

Kalau korang terlepas cerita tentang Abang Viva yang jadi hero bantu mangsa banjir, memang tak patut la. Mana tidaknya, boleh dikatakan hampir semua kawasan yang terlibat banjir dia akan datang dengan sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah bot di atas bumbung.

ADVERTISEMENT

Kisah Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dijadikan inspirasi rakyat Malaysia untuk turun membantu mangsa banjir. Hinggalah baru-baru ini seorang usahawan wanita ingin memberikan hadiah sebuah kereta pacuan empat rota (4×4) kepada beliau.

Setuju terima pemberian jika tidak terikat dengan sebarang syarat

Sebaik sahaja mengetahui niat pengasas Shalicious Empire Sdn. Bhd, iaitu Sha Hassan, Abang Viva mengakui terharu dengan pemberian terbabit, bagaimanapun hanya akan menerimanya jika tidak terikat dengan apa-apa syarat.

Selepas melakukan perjumpaan dan berbincang, akhirnya mereka berdua mencapai persetujuan. Ini dapat dilihat dari perkongsian Sha Hassan yang menyatakan rasa syukur kerana segala urusan dipermudahkan.

Ramai masih tuduh Sha hanya sekadar marketing, hari-hari tanya mana kereta?

Macam biasa, ada sahaja netizen yang tidak senang dengan kebaikan yang cuba dilakukan seseorang. Sebaik sahaja Sha memaklumkan Abang Viva sudah bersetuju untuk menerima pemberian mereka, netizen mula mempersoal di mana kereta terbabit? Ada juga yang menuduh kebaikan yang dilakukannya hanya sekadar gimik marketing perniagaannya.

Disebabkan itu Sha terpaksa tampil sekali lagi menjelaskan segalanya. Sha memaklumkan bahawa kebanyakkan kedai kereta sudah kehabisan stok dan walaupun bayar secara tunai, mereka tetap terpaksa menunggu 2 hingga 3 bulan.

Kita nak update la since hari-hari orang tanya kita “mana keretanya? Sudah naik nama senyap dah? Memang marketing jelah kan? Macam ni awak, sekarag kereta banyak 4×4 yang tidak available dan kena tunggu sampai 2-3 bulan baru boleh dapat even cash sekalipun tetap kena que. Yang 4×2, spec paling low ada la tapi tak puas hati la pula. Alang-alang bagi, bagi yang ok sikit la.

Ramai yang banyak membantu sampai ke kl selangor, kelantan, terengganu carikan. Semalam finally alhamdulillah kita dah dapat 1 unit yang ngam sesuai dgn abg ni.

Abang Viva tidak tanya langsung tentang kereta

So semalam dah settle booking, tapi tetap kena tunggu dalam 1 minggu +- untuk settlekan semua benda. sabar nohh korang, abg viva ni santai je. sha mesej dia tunjuk gambar yang tu yang ni dia jawab “mana mana pun boleh. x kisah” dia tidak tanya apa langsug 😅 baik betul orangnya.

DIharapkan penjelasan dari Sha menjawab dan korang hentikanlah dari membuat sebarang tuduhan melampau. Percaya sahaja pada rezeki masing-masing dan kami di Ohmedia turut terpanggil untuk berkongsi tentang usahawan Sha juga adalah rezeki dari Allah untuk diirnya secara tidak langsung.

Kredit: Instagram Sha Hassan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

30 Hari Paling Trending

Ke Atas