Connect with us

Oh! Media

RM19 Juta Bayaran Saman Trafik Berjaya Dikutip Dalam Tempoh Empat Hari, Gara-Gara Potongan Diskaun 50%

5bcbf37a 92ba 4869 b6f7 276fe68e6639

Oh! +

RM19 Juta Bayaran Saman Trafik Berjaya Dikutip Dalam Tempoh Empat Hari, Gara-Gara Potongan Diskaun 50%

Khamis lepas satu aplikasi baru telah dilancarkan bagi memudahkan orang ramai untuk membayar saman secara ‘online’. Lebih mengejutkan apabila aplikasi yang diberi nama ‘MyBayar Saman’ itu telah berjaya mengutip hampir RM19 juta bayaran saman dalam masa empat hari sahaja!

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, RM19 juta itu diterima melalui 177,511 saman yang telah dijelaskan.

Sebanyak RM4.3 Juta bayaran saman telah diterima pada Khamis.

Pada Jumaat pula, meningkat kepada RM4.7 Juta. – Katanya.

Malah jumlah itu terus meningkat pada hari ketiga iaitu sebanyak 66,893 saman dijelaskan membabitkan bayaran berjumlah RM7.2 juta.

IKLAN

Bagaimanapun, jumlah itu sedikit menurun pada Ahad dengan 29,936 saman dijelaskan membabitkan bayaran saman berjumlah RM3.2 juta.

Saya berharap orang ramai akan mengambil kesempatan membuat pembayaran saman melalui aplikasi ini yang turut memberikan diskaun saman sehingga 50 peratus. – Katanya.

Menurut Ketua Polis Negara, JSPT turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena Sambutan Hari Polis ke-214 bagi pembayaran yang dibuat menerusi aplikasi berkenaan selama 18 hari bermula 25 Mac hingga 14 April ini sahaja.

Wahhh! Diskaun sehingga 50% tuu! Apa tunggu lagi cepat daftar MyBayar Saman Sekarang.

Kredit: Sinar

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas