Connect with us

Oh! Media

Kempen “Wall’s Bersama Riders” Bantu Penghantar Makanan Selamat Di Jalan Raya

Walls

Oh! +

Kempen “Wall’s Bersama Riders” Bantu Penghantar Makanan Selamat Di Jalan Raya

Mahu menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih ceria, Wall’s Malaysia komited dengan misi menyebarkan kegembiraan dan kali ini mereka bekerjasama dengan GrabFood dalam kempen “Wall’s Bersama Riders”.

Rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO), pembelian secara dalam talian semakin meningkat dan semakin ramai penghantar makanan dan barangan yang menunggang motosikal dapat dilihat di atas jalan.

Oleh itu, menerusi Kempen “Wall’s Bersama Riders”, Wall’s Malaysia ingin rakyat Malaysia memainkan peranan mereka dalam memastikan keselamatan penghantar makanan yang menunggang motosikal semasa bekerja.

IKLAN

Caranya mudah saja, anda hanya perlu membeli aiskrim Wall’s untuk menyokong kempen ini.

Dengan setiap pembelian aiskrim Wall’s bernilai RM30 ke atas dari GrabFood, RM5 akan disalurkan ke dana yang diperlukan untuk membeli topi keledar.

Kempen ini menyasarkan pengumpulan dan pembelian topi keledar dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100,000.

“Di Wall’s, kami percaya aiskrim menjadikan kita lebih gembira. Justeru itu, sebagai salah satu jenama yang paling digemari di dunia, tiada cara lebih baik untuk ‘Menikmati Kegembiraan Bersama’ selain daripada membantu mereka yang mengharungi kesukaran demi mengukir senyuman di wajah kita.

Kempen ini adalah salah satu daripada pelbagai lagi inisitif yang telah kami jalankan untuk menyebarkan kegembiraan kepada petugas barisan hadapan dan komuniti yang kurang bernasib baik. Kali ini, kami mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menghidupkan semangat kemasyarakatan di samping menjaga keselamatan penunggang penghantar makanan Grab,” Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia.

Menang baucar aiskrim bersama Wall’s Malaysia

137579636 1099206527189896 3455318420777355490 n

Bukan itu saja, anda turut berpeluang memenangi baucar aiskrim bernilai RM50 daripada Wall’s Malaysia.

Caranya mudah saja:

1. Kongsikan kenangan terindah anda bersama penunggang penghantar makanan Grab di Instagram,

2. Tag @wallsmalaysia dan sertakan tanda pagar #WallsBersamaRiders #TQGrabRider #ChooseHappierTogether.

Penyertaan yang terpilih akan dipaparkan di saluran media sosial Wall’s Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Wall’s Bersama Riders”, layari halaman rasmi Instagram Wall’s Malaysia di https://www.instagram.com/wallsmalaysia/ atau halaman Facebook di https://www.facebook.com/wallsmalaysia.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas