Connect with us

Oh! Media

zahid hamidi

Oh! Negara

Zahid Hamidi Tampil Bersuara Mengenai Isu Tiada Lagi Tol Percuma Di Musim Perayaan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa pemberian tol percuma sempena musim perayaan bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya bertol.

Menurut laporam Harian Metro, Zahid juga berkata pampasan kepada pemegang konsesi tol mencecah RM35 juta sehari yang akhirnya hanya menyebabkan lanjutan tempoh konsesi tanpa mengurangkan kesesakan.

IKLAN

Tol percuma bukan penyelesaian kesesakan

TPM itu juga mengatakan apa yang penting adalah pengguna jalan raya harus mengubah sikap dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan.

Keputusan untuk menghentikan pemberian tol percuma itu dibuat oleh Jemaah Menteri selepas saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Pesanan untuk usahawan desa

zahid hamidi

Dalam majlis yang sama, Ahmad Zahid turut memberi galakan kepada usahawan desa untuk terus berkembang dan menguasai platform digital demi bersaing di pasaran.

Sebanyak 45 usahawan belia desa menerima hadiah berupa geran perniagaan bernilai RM15 juta dalam pertandingan RBC 2.0.

Usahawan desa perlu berani berkembang, menguasai kemahiran perniagaan, dan membina jaringan strategik.

#OhmediaNasihat

Kesesakan di musim perayaan tidak akan selesai tanpa perubahan sikap pengguna jalan raya. Rancang perjalanan anda dengan bijak, dan utamakan keselamatan untuk pengalaman pulang beraya yang lebih baik.

zahid hamidi

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas