Oh! Negara
Pengumuman Kabinet: Anwar Sebagai Menteri Kewangan, Zahid Hamidi, Fadillah Yusof Sebagai TPM
Oleh
Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai nama menteri yang bakal membarisi kabinet negara.
BACA: Anwar Ibrahim Selesai Menghadap YDPA, Barisan Kabinet Dijangka Akan Diumumkan Hari Ini
Setelah hampir lapan hari kita menunggu pembentukan kabinet, kini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mengumumkan barisan kabinet yang bakal menerajui negara tercinta kita.
Menerusi pengumuman dibuat secara langsung tadi, Anwar mengumumkan seramai 28 orang menteri yang bakal membarisi barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dengan dirinya sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Anwar turut mengumumkan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Zahid dan Fadilah juga memegang portfolio sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Menteri Perladangan dan Komoditi..
Kredit: Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
FMT dan Keluar Sekejap umum pakatan media baharu menerusi program Future Speaks.
Anwar Ibrahim seru rakyat Johor pilih wakil rakyat yang faham keutamaan rakyat pada PRN Johor.
Lantikan Azam Baki ke NFCC dibuat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan kapasiti individu.
Khairy Jamaluddin ajak penyokong BERSATU sokong calon BN di kerusi DUN yang tidak ditandingi PN.
Tiga gajah Malaysia di Tennoji Zoo, Jepun dilapor sihat, aktif dan mencatat peningkatan berat badan positif.