Connect with us

Oh! Media

“Yang Pasti, Sejak 1998 Sehingga Saat Ini” – Nurul Izzah Luah Rasa Bangga Dengan Anwar Ibrahim

Nurul Izzah

Oh! Negara

“Yang Pasti, Sejak 1998 Sehingga Saat Ini” – Nurul Izzah Luah Rasa Bangga Dengan Anwar Ibrahim

Anak kepada Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah meluahkan rasa syukur dengan pelantikan bapanya sebagai Perdana Menteri ke-10 sebagaimana yang diperkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah.

BACA: Sah! Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10

Dalam hantaran yang dibuat di laman media sosialnya, Izzah turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan ternyata kesabaran itu sangat indah.

IKLAN
Nurul izzah 1

Katanya lagi, meskipun kalah atau menang, manusia tidak akan pernah terlepas daripada diuji. Namun beliau berpegang terus kepada garis batas perjuangan yang menuntut keadilan sebagai pemangkin kepada perlindungan semua.

Malah cabaran yang lebih berat menanti selepas upacara angkat sumpah petang nanti. Pelbagai usaha perlu dilakukan dari segi menyatupadukan rakyat, meneliti masalah ekonomi, menarik pelabur dan sebagainya.

Nurul Izzah juga meluahkan rasa bangga dan sayang yang tak berbelah bahagi terhadap bapanya, Anwar Ibrahim meskipun ketika menjadi tahanan di penjara.

Tahniah sekali lagi buat PM10, Anwar Ibrahim.

Kredit: Instagram Nurul Izzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas