Connect with us

Oh! Media

Wanita Didakwa Hilang Ketika Dalam Perjalanan Ke SPRM

Oh! Negara

Wanita Didakwa Hilang Ketika Dalam Perjalanan Ke SPRM

Seorang wanita berusia 42 tahun dilaporkan hilang secara misteri ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan ramai pihak.

Menurut laporan, wanita tersebut sedang menaiki kenderaan e-hailing untuk menghadiri sesi soal siasat bersama pegawai SPRM sebelum kenderaan itu dikatakan ditahan oleh tiga buah kenderaan tidak dikenali.

IKLAN

Mangsa didakwa diarahkan keluar dan di bawa masuk ke salah satu kenderaan terbabit dan sejak itu, dia gagal dihubungi.

Ahli keluarga mangsa turut melaporkan bahawa kehilangan wanita itu sudah berlarutan hampir 20 hari dan mereka buntu kerana tiada sebarang maklumat mengenainya diperoleh setakat ini.

Polis sahkan terima laporan, siasat di bawah seksyen culik…

pdrm

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan dan kini menyiasatnya di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik.

Kita telah merakam percakapan beberapa orang saksi termasuk peguam wanita itu dan juga pegawai SPRM bagi membantu siasatan yang masih diteruskan.- Jelasnya.

Mangsa sudah beberapa kali hadir ke SPRM…

sprm

Siasatan awal juga mendapati bahawa mangsa pernah beberapa kali hadir ke Ibu Pejabat SPRM sebelum ini untuk memberi keterangan berkaitan satu kes yang sedang disiasat.

Buat masa ini, pihak polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan usaha mengesan wanita terbabit sedang giat dijalankan.

Pssttt! Kehilangan misteri seperti ini wajar dipandang serius kerana melibatkan keselamatan individu dan proses keadilan. Jika anda melihat sesuatu yang mencurigakan, segera laporkan kepada pihak berkuasa. Setiap maklumat boleh jadi petunjuk penting dalam menyelesaikan kes sebegini.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas