Connect with us

Oh! Media

UMNO Batal Himpunan Solidariti Najib, Yakin Kebijaksanaan Agong

Ohmedia copy of Untitled Design 61

Oh! Negara

UMNO Batal Himpunan Solidariti Najib, Yakin Kebijaksanaan Agong

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata UMNO telah membuat keputusan dengan membatalkan perhimpunan solidariti untuk Datuk Seri Najib Razak berkenaan isu Titah Adendum pada Isnin depan.

Beliau menjelaskan parti tersebut akur dengan setiap saranan dan menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dengan berjanji untuk mematuhi saluran perundangan yang ditetapkan melalui pengemukaan rayuan berhubung isu melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

UMNO konsisten pertahan institusi Raja-Raja Melayu

428610725 963886048429350 6146295773258588204 n
Kredit foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Dalam sebuah kenyataan media hari ini, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

IKLAN

UMNO sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.-Katanya

Tidak akan teruskan perhimpunan

Eee 3153 2048x1365
Kredit foto UMNO Online

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, atas prinsip menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menghormati saranan Ketua Polis Negara.

UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan pada 6 Januari 2025 ini.

UMNO yakin sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan keihsanan Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan kepada Dato’ Sri Najib Razak.-Katanya

Dalam pada masa yang sama, beliau berkata, UMNO sangat menghargai komitmen ahli yang memberikan sokongan moral meskipun tanpa arahan rasmi dari ibu pejabat.

Sebelum ini, Istana Negara memberi peringatan bahawa permohonan keampunan atau pengurangan hukuman perlu dikemukakan oleh banduan untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Kemudian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang perhimpunan berkaitan isu pengampunan diraja.

Ohmedia copy of Untitled Design 61

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Dr Asyraf Wajdi Dusuki


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas