Connect with us

Oh! Media

Tun Mahathir Dikejarkan Ke IJN Selepas Terjatuh

Ohmedia tun mahathir

Oh! Negara

Tun Mahathir Dikejarkan Ke IJN Selepas Terjatuh

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN pagi ini selepas terjatuh di rumah, kini sedang dipantau rapi.

Pagi ini, rakyat dikejutkan dengan berita bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Difahamkan, beliau terjatuh di kediamannya awal pagi tadi sebelum dikejarkan ke hospital.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di IJN sekitar jam 9.30 pagi dan kini sedang menerima pemantauan penuh daripada pihak perubatan.

Pegawai sahkan Tun Mahathir dimasukkan ke hospital

Proton tun mahathir interview 2 630x420jpg

Setiausaha Akhbar Tun Mahathir, Suffi Yusoff, mengesahkan kejadian tersebut kepada pihak media.

IKLAN

Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan.- Katanya.

Walaupun tidak dinyatakan tahap kecederaan, kehadiran Tun Mahathir ke IJN jelas menunjukkan keperluan pemantauan rapi memandangkan usianya yang lanjut.

Pernah dimasukkan ke IJN tahun lalu

Tun Dr Mahathir

Ini bukan kali pertama Tun Mahathir mendapat rawatan di IJN. Pada 13 Julai 2025, beliau pernah dimasukkan ke hospital sama kerana keletihan.

Ketika itu, beliau baru sahaja menghadiri sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 bersama isteri tercinta yang berusia 99 tahun. Acara picnic dan potluck itu diadakan di Putrajaya.

Tun Mahathir dikawal rapi

Ohmedia tunmahathir

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan lanjut mengenai tahap kesihatan terkini beliau. Namun pihak media dimaklumkan bahawa pemantauan sedang dilakukan secara menyeluruh.

Orang ramai mula membanjiri ruangan komen dengan doa dan harapan agar beliau segera pulih dan kembali sihat seperti sediakala.

Posting terakhir Tun Mahathir pada 2 Januari tentang haramjadah Israel

Pssttt! Ohmedia doakan agar Tun Mahathir cepat sembuh dan kembali sihat. Korang pun, tolonglah jaga kesihatan diri dan orang tua kita sebaik mungkin, sebab jatuh sikit pun boleh jadi serius kalau dah berusia.

Kredit: Malaysiagazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas