Oh! Negara
Tragedi Lori Rempuh FRU: PDRM Pertimbang Tukar Lori Ke Bas
Susulan insiden menyayat hati yang meragut 9 anggota FRU baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menimbang untuk tukar kaedah pergerakan anggotanya.
Antara cadangan utama ialah menggantikan lori kepada bas serta menambah penggunaan kereta peronda sebagai pengiring konvoi.
Bukan hanya FRU, PGA pun terlibat…

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, perkara ini bukan hanya membabitkan FRU, tapi juga pasukan lain seperti Pasukan Gerakan Am (PGA) yang turut guna lori jenis sama.
Kita sedang meneliti cadangan menambah baik sistem keselamatan dalam lori, struktur bangku panjang yang digunakan mungkin menimbulkan masalah dari segi keserasian dengan sistem penahan keselamatan yang ada.
Kos jadi cabaran, tapi keselamatan diutamakan…

Beliau akui, untuk sediakan bas sebagai pengganti bukan sesuatu yang murah, terutamanya dengan bilangan anggota yang ramai dalam satu-satu masa. Namun, keselamatan tetap jadi keutamaan.
Langkah lain yang sedang diperhalusi ialah penggunaan kereta peronda sebagai kenderaan pengiring konvoi. Ini bermakna setiap konvoi akan dikawal oleh kereta peronda dan tugas pengiring akan diserahkan kepada IPK lain apabila merentasi sempadan negeri.
Segala cadangan ini masih dalam peringkat penilaian dan sesi libat urus bersama kepimpinan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA). Apa pun, PDRM akan pastikan setiap langkah yang diambil berlandaskan keselamatan anggota sebagai keutamaan.
Pssttt! Kehilangan 9 anggota serentak bukan saja tragedi buat keluarga mereka, tapi juga negara. Keselamatan sepatutnya jadi prioriti dalam setiap urusan, termasuk pengangkutan anggota keselamatan. Diharapkan langkah-langkah baru ini dapat dilaksanakan segera demi nyawa mereka yang bertugas menjaga keselamatan kita semua. Jangan tunggu tragedi seterusnya baru nak bertindak!
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
