Connect with us

Oh! Media

Tiada Bukti Najib Razak Salah Guna Dana 1MDB Untuk Kemewahan

Ohmedia najib Razak

Oh! Negara

Tiada Bukti Najib Razak Salah Guna Dana 1MDB Untuk Kemewahan

Peguam dakwa tiada bukti Najib Razak guna dana 1MDB untuk kepentingan peribadi.

Peguam bela Datuk Seri Najib Razak tampil membuat hujahan mitigasi di mahkamah. Kali ini, fokus utama ialah dakwaan sama ada bekas Perdana Menteri itu benar-benar menggunakan dana berkenaan untuk kemewahan peribadi.

Menurut hujahan tersebut, tiada bukti kukuh menunjukkan Najib Razak menyimpan kekayaan secara rahsia atau mengalihkan dana 1MDB untuk kepentingan diri.

Peguam nafi dana 1MDB guna untuk kepentingan peribadi Najib Razak

Peguam bela Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah, menjelaskan bahawa kebanyakan dana berkaitan digunakan untuk tujuan politik, sosial dan kebajikan. Semua perbelanjaan itu didakwa dibuat dalam rangka kerja Barisan Nasional.

IKLAN

Beliau turut memaklumkan bahawa AS$620 juta telah dipulangkan secara sukarela daripada keseluruhan derma berjumlah AS$681 juta. Perkara itu dijadikan hujah bahawa tiada niat untuk mengaut keuntungan peribadi.

Ini menunjukkan bekas ahli politik itu tidak mempunyai motif dalam mencapai keuntungan peribadi.- Katanya.

Tiada bukti Najib Razak minta atau jangka faedah peribadi

Dalam hujahan sama, peguam berkenaan menegaskan bahawa tiada bukti Najib Razak menerima, meminta atau menjangkakan sebarang faedah peribadi berkaitan dana 1MDB. Kelulusan yang dibuat dikatakan atas kapasiti jawatan dan kepentingan kerajaan ketika itu.

Faktor pengurangan paling ketara ialah tiada bukti Najib menerima, meminta atau menjangkakan sebarang faedah peribadi. Kelulusan dibuat demi kepentingan yang dirasakan oleh Kerajaan dan Kementerian Kewangan, dan sebarang dana yang kemudiannya disalahgunakan telah dialihkan tanpa pengetahuan atau penyertaan tertuduh.- Katanya.

Selain isu dana 1MDB, faktor usia dan kesihatan Najib Razak turut dikemukakan sebagai pertimbangan hukuman. Peguam memaklumkan bahawa beliau mengalami beberapa masalah kesihatan serius sepanjang prosiding mahkamah.

Antara yang disebut termasuk episod hipertensi teruk, keradangan lutut serta pembedahan mata. Semua ini dikatakan wajar diambil kira sebelum hukuman dijatuhkan.

Surat permohonan maaf dari Penjara Kajang

Pada 24 Oktober 2024, Najib Razak turut menulis surat permohonan maaf yang dibacakan oleh anaknya, Datuk Mohd Nizar. Surat itu menyatakan rasa sedih beliau terhadap kejatuhan 1MDB ketika berada di bawah pengawasannya.

Najib sedih apabila mengetahui, kejatuhan 1MDB berlaku di bawah pengawasannya ketika dia memegang jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Permohonan maaf dibuat secara sukarela tanpa syarat serta mencerminkan penyesalan.- Katanya.

Pssttt! Ohmedia harap korang ikut perkembangan kes ni dengan fikiran terbuka dan berlandaskan fakta. Dalam isu besar macam ni, penting untuk kita bezakan antara emosi, persepsi dan apa yang benar-benar dibuktikan di mahkamah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas