Connect with us

Oh! Media

Terkini: Tun Daim Bebas Daripada Kes Gagal Isytihar Harta

Ohmedia copy of Untitled Design 2

Oh! Negara

Terkini: Tun Daim Bebas Daripada Kes Gagal Isytihar Harta

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini telah melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin daripada satu kes gagal mengisytiharkan lebih daripada 70 harta.

Allahyarham didakwa atas pertuduhan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Pendakwaan tidak diteruskan kerana Tun Daim meninggal dunia

Snapinstaapp 464355592 582317274456504 3108825639763399061 n 1080
Kredit foto Anwar Ibrahim

Berdasarkan laporan daripada Berita Harian, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Tun Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.

IKLAN

Hakim, Azura Alwi kemudian membuat keputusan itu mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Mahkamah dengan ini memerintahkan Allahyarham Tun Daim dilepaskan dan dibebaskan.

Mahkamah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga beliau ditempatkan di kalangan solihin.-Katanya

Isteri Tun Daim mahu pendakwaan diteruskan

41705990033 tbnaimahjpg
Kredit foto Astro Awani

Bagi Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, isteri Tun Daim mahu pendakwaan kes kegagalan mengisytiharkan harta terhadap arwah suaminya itu diteruskan. Beliau juga menjelaskan supaya keadilan terhadap suaminya terbela.

Tun Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Toh Puan Na’imah juga didakwa pada 23 Januari lalu atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Ohmedia copy of Untitled Design 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas