Connect with us

Oh! Media

tawaran tanah

Oh! Negara

“Terkejut Nilai Tanah Cecah RM100 Juta” – Najib Razak Tolak Tawaran Tanah Untuk Bekas PM

Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia menolak tawaran tanah yang cecah RM100 juta untuk kediaman yang dibuat sejajar dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

BACA: Dikecam Jadikan Najib Razak Dan Isteri ‘Modal’ Lawak, Kumpulan Puteh Mohon Maaf

IKLAN

Menerusi laporan Utusan, Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan itu menyatakan beliau membuat keputusan begitu kerana banyak pihak tidak berpuas hati dengan tawaran tanah yang diterimanya walaupun ia merupakan peruntukan khas yang diberikan kepada semua bekas Perdana Menteri.

Buat permohonan sejajar peruntukan sedia ada

tawaran tanah

Najib Razak meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengkaji semula akta tersebut. Katanya, beliau membuat permohonan sejajar dengan peruntukan sedia ada selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana semua kemudahan diberikan juga kepada bekas Perdana menteri sebelumnya.

Permohonan ini saya buat berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang mana ia telah diubah suai diperbaiki oleh bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2013.

Bukan maknanya saya minta kerajaan menyediakan RM100 juta untuk saya. Kerajaan minta saya pilih berdasarkan beberapa pilihan, jadi saya pilih lokasi paling sesuai untuk keperluan saya membina rumah dan tanah dipilih pula adalah hak milik tanah kerajaan.

Najib juga mengatakan bahawa beliau tidak tahu akan nilai tanah itu mencecah RM100 juta dan terkejut selepas mengetahuinya.

Saya bukan tahu nak menilai harga tanah tersebut, lagi pun tanah itu adalah milik kerajaan sepenuhnya.

Isu ini telah dibangkitkan di Dewan Rakyat dan Najib berasa kecewa kerana ia sengaja dibangkitkan dan menjadi sasaran utama propaganda pilihan lawan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijalankan hari ini.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas