Connect with us

Oh! Media

Tengku Zafrul Jawab Persoalan Gadai Kedaulatan Demi Tarif AS

Ohmedia donald Trump Anwar Ibrahim

Oh! Negara

Tengku Zafrul Jawab Persoalan Gadai Kedaulatan Demi Tarif AS

Malaysia berjaya runding tarif eksport ke AS turun ke 19% tanpa korbankan hak kedaulatan.

Apa kata Tengku Zafrul? Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaannya dalam rundingan antarabangsa apabila berjaya mengekalkan hak kedaulatan negara walaupun kadar tarif eksport ke Amerika Syarikat (AS) diturunkan daripada 25% kepada 19%.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang berkata, keputusan tersebut adalah hasil rundingan teliti dan sistematik bersama pihak AS.

Keputusan ini mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh dan berterusan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Ia juga membuktikan kredibiliti Malaysia sebagai rakan dagang dan pelaburan yang boleh dipercaya.- Katanya.

Tarif asal dikenakan sejak zaman Trump…

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Untuk korang yang mungkin tertanya-tanya, kadar 19% itu sebenarnya adalah hasil pelarasan daripada tarif asal yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump pada 31 Julai 2025.

IKLAN

Dokumen rasmi pelarasan tersebut turut dimuat naik di laman sesawang Rumah Putih bagi tatapan umum. Walaupun masih tinggi, pengurangan kepada 19% dianggap satu pencapaian yang besar buat Malaysia.

Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa MITI akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memaksimumkan peluang yang terhasil daripada penurunan tarif ini.

Antaranya termasuk projek infrastruktur sedia ada, kadar realisasi pelaburan yang kini mencecah lebih 85% serta pelbagai inisiatif pembangunan negara.

Kami kekal komited dalam mempertahankan kepentingan perdagangan Malaysia sambil memupuk kerjasama yang saling menguntungkan dengan ekonomi utama dunia termasuk AS.- Katanya.

MITI juga akan bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam menilai kesan tarif terhadap KDNK negara serta mencari kaedah untuk mengurangkan impaknya terhadap pengeksport tempatan

AS kekal rakan dagang penting Malaysia…

Donald Trump

Pengurangan tarif ini akan berkuat kuasa bermula 1 Ogos 2025 dan ia dilihat sebagai satu langkah positif dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Menurut MITI, AS merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai RM198.65 bilion dan turut menjadi pelabur asing utama dengan jumlah pelaburan diluluskan mencecah RM32.82 bilion pada tahun 2024.

MITI berharap untuk terus mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan AS.- Katanya.

MITI turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan termasuk Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri, AMCHAM, USABC serta badan pemikir dan industri yang telah membantu merangka tawaran terbaik buat negara.

Pssttt! Walaupun kadar tarif diturunkan, ia bukan bermakna cabaran sudah berakhir. Ohmedia harap korang yang terlibat dalam bidang eksport terus peka dengan perubahan dasar antarabangsa dan manfaatkan sepenuhnya bantuan yang disediakan kerajaan. Yang penting, kita jangan cepat selesa sebab dunia perniagaan sentiasa berubah!

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas