Connect with us

Oh! Media

Tengku Ampuan Pahang Bersihkan Kereta Sendiri Gara-Gara Cendol

Ohmedia kesultanan pahang

Oh! Negara

Tengku Ampuan Pahang Bersihkan Kereta Sendiri Gara-Gara Cendol

Korang pernah bayang tak seorang permaisuri sanggup bersihkan cendol yang tertumpah dalam kereta dengan tangan sendiri? Itulah yang dilakukan oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Video yang dimuat naik dari akaun rasmi Kesultanan Pahang menunjukkan baginda sedang bertungkus-lumus membersihkan tumpahan cendol.

Al-Sultan Pahang sempat ‘tegur’ isteri…

Image

Lebih mencuit hati, tindakan itu dirakam sendiri oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sempat mengusik permaisuri baginda.

IKLAN

Contohi Tengku Ampuan Pahang..- Seloroh Sultan Abdullah sambil ketawa kecil.

Momen manja pasangan diraja ini buat ramai tersenyum dan menghargai sisi kemanusiaan mereka.

Ramai puji sikap ‘down to earth’ Tengku Ampuan…

Rata-rata netizen cukup terharu dengan sikap rendah diri Tunku Azizah yang tidak meminta bantuan sesiapa pun, walaupun statusnya sebagai permaisuri.

Tindakan baginda dianggap contoh terbaik bagi seorang pemimpin, tak malu buat kerja sendiri dan sangat merendah diri.

Berlaku semasa Kembara Pahang 1.0

Difahamkan, kejadian spontan itu berlaku ketika baginda berada di daerah Maran sempena program Kembara Pahang 1.0 yang berlangsung dari 21 hingga 23 April 2025.

Tak sangka, dalam kembara pun baginda tetap kekal ‘real’ dan bersahaja macam rakyat biasa.

Pssttt! Dalam dunia yang penuh dengan protokol dan imej, tindakan Tengku Ampuan Pahang ni memang rare dan patut dijadikan inspirasi. Sikap baginda yang ‘turun padang’ tanpa rasa malu bersihkan kereta sendiri bukan saja menunjukkan nilai murni, tapi jugak jadi cerminan bahawa pangkat dan darjat bukan penghalang untuk kita jadi insan yang rendah diri.

Kredit: Instagram Kesultanan Pahang
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas