Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Pihak SPRM berkata, fokus siasatan kini tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.
IKLAN
Ismail Sabri diarahkan isytihar harta
Kredit foto: Sinar Harian
Menerusi kenyataan media daripada SPRM, siasatan ini dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Sehubungan dengan itu, Ismail Sabri telah diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024. Pengisytiharan harta tersebut telah dibuat secara rasmi pada 10 Februari 2025.
SPRM serbu ‘safehouse’, sita aset termasuk wang tunai dalam pelbagai mata wang
Menurut SPRM, berdasarkan maklumat baharu dan hasil risikan. Agensi itu telah menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah bekas Perdana Menteri tersebut.
Susulan daripada siasatan lanjut terhadap keempat-empat individu berkenaan, SPRM telah menjalankan pemeriksaan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai sebagai ‘safehouse’.
Hasil operasi penggeledahan di lokasi-lokasi tersebut, SPRM telah menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa (Baht, Riyal, Pound Sterling (BP), Won, Euro, Swiss Franc, dan Yuan) serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM telah mengenal pasti hampir 10 saksi yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.
Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook Rujukan kami: SPRM