
Oh! Negara
“See You In Court YB Mas!” – Asyraf Wajdi Berang Difitnah Habiskan Duit MARA
Pengerusi MARA tak tahan lagi apabila sering difitnah berulang kali.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akhirnya bersuara selepas didakwa menghabiskan duit MARA melalui lawatan mengejut, memotong program hafazan dan menghentikan pembiayaan pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau mendakwa tuduhan itu datang daripada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
“Sudah melampau dengan pelbagai fitnah”
Menurut Asyraf, walaupun pada awalnya beliau tidak mahu melayan, namun setelah difitnah berulang kali, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak berkenaan.
InsyaAllah, barisan Peguam MARA akan mulakan prosiding saman kepada beliau. Mula-mula saya ingat malas nak layan tapi sudah melampau dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan. See you in court YB Mas!
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 3,700 tanda suka dan 86 perkongsian, menandakan ramai yang memberikan sokongan kepada beliau untuk mengambil tindakan lanjut.
Rata-rata netizen juga membanjiri ruangan komen dengan menyokong tindakan Asyraf sambil berharap agar kebenaran dapat ditegakkan dan nama baik MARA tidak terus dicalarkan dengan fitnah yang tidak berasas.
Pssttt! Untuk membersihkan nama baik daripada tuduhan dan fitnah, lebih baik kes ini dibawa ke mahkamah kan. Semoga keadilan buat pihak yang berkata benar.
Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
