Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Pernah Buat Laporan MCMC” – Nurul Izzah Minta Semua Berhati-Hati Buat Tuduhan

Ohmedia nurul Izzah 2

Oh! Negara

“Saya Tak Pernah Buat Laporan MCMC” – Nurul Izzah Minta Semua Berhati-Hati Buat Tuduhan

Baru-baru ini, seorang individu bernama Aliff Ahmad mendedahkan dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas memuat naik hantaran mahu ‘scrut’ Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

BACA: Pempengaruh Dipanggil MCMC Selepas Buat Hantaran Mahu ‘Scrut’ Nurul Izzah

Terbaru, menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Nurul Izzah sendiri, beliau menafikan melakukan laporan terhadap individu berkenaan.

IKLAN

Nurul Izzah nafi buat laporan terhadap Aliff Ahmad

Nurul Izzah

Saya tidak mengenali beliau ataupun pernah bertemu dengan beliau. Saya juga tidak pasti cara beliau mencari rezeki, tetapi sudah tentunya kita harus menyokong segala usaha yang mengikuti garis panduan undang-undang.

Beliau juga merasakan tidak wajar kalau ada orang disiasat semata-mata sebab buat kenyataan atau cabaran terbuka terhadap dirinya.

Hati-hati membuat tuduhan

Nurul Izzah

Saya ingin menegaskan bahawa saya mahupun mana-mana pegawai saya tidak pernah membuat sebarang laporan kepada MCMC terhadap saudara Aliff Ahmad, seperti yang didakwa.

Beliau nasihatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati bila nak keluarkan tuduhan, lebih-lebih lagi kalau boleh jejaskan nama baik dan kredibiliti seseorang.

Sebagai penutup, Nurul Izzah turut pesan supaya semua pegang pada prinsip berani kerana benar dan tidak terburu-buru buat andaian.

Pssttt! Nampaknya tuan badan sendiri dah tampil menafikan tuduhan beliau membuat laporan kepada MCMC. Jadi, jangan main tuduh je tau.

Kredit: Facebook Nurul Izzah Anwar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas