Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Akan Berkompromi” – PM Janji Pertahan Aset Negara

Oh! Negara

“Saya Tak Akan Berkompromi” – PM Janji Pertahan Aset Negara

Tak cukup dengan berita dua syarikat di bawah Petronas yang telah dirampas beberapa hari yang lalu, kini waris Kesultanan Sulu mengancam mahu merampas semua aset milik Malaysia di 169 negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Waris Kesultanan Sulu Ancam Mahu Rampas Aset Malaysia Di Seluruh Dunia

Tersentak dengan perkara ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberikan maklum balas.

PM beri jaminan pertahankan aset negara

Memetik laporan Sinar Harian, Perdana Menteri memberi jaminan akan mempertahankan aset negara sedaya upaya dengan menggunakan saluran perundangan yang ada.

Saya beri jaminan tidak akan berkompromi dan berganjak walau seinci pun dalam mempertahankan hak dan kedaulatan negara.

Tambah beliau lagi, satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi meneliti serta merangka tindakan undang-undang terhadap isu tuntutan dibuat kumpulan Sulu terhadap kerajaan Malaysia.

Pasukan khas telah ditubuhkan untuk melihat masalah ini secara menyeluruh bukan setakat aset Petronas tetapi aset-aset negara yang lain di luar negara.

Ada banyak lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mempunyai aset di luar negara dan ini akan dilihat secara keseluruhan.

Untuk info, aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan bernilai RM8 bilion telah dirampas waris Kesultanan Sulu pada 12 Julai yang lalu.

Bukan itu sahaja, waris Kesultanan Sulu juga dikatakan sedang berusaha menguatkuasakan tuntutan pampasan bernilai AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) yang termaktub dalam perjanjian penyerahan Sabah kepada Malaysia.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas