Oh! Negara
Sanggup Tinggalkan Keluarga, Ini Kisah Disebalik Pengorbanan Wira Negara Yang Ramai Tak Tahu
Bila sebut tentang wira negara, kita tahu yang mereka akan sentiasa bersedia di barisan hadapan, tak kira tempat dan masa betul tak?
Bukan itu saja, mereka juga terpaksa meninggalkan keluarga tercinta demi berkhidmat untuk masyarakat dan negara.
Tapi, pernah tak korang terfikir, bagaimana dan apakah situasi yang wira negara seringkali lalui dari hari ke hari? Kalau nak tahu, jom tonton video ini sampai habis.
Sentiasa Diingati, Seri Murni Ajak Sama-Sama Hargai Pengorbanan Wira Negara
Menjadi seorang wira negara bukanlah sekadar gelaran, tetapi sebuah amanah yang cukup berat untuk dipikul. Ia menuntut pengorbanan yang luar biasa, bukan saja masa dan tenaga, malah juga nyawa.
Mereka berbakti kepada negara dan masyarakat tanpa mengira latar belakang, bangsa, atau agama, membuktikan bahawa kasih sayang sesama manusia adalah nilai yang paling utama.
Matlamat wira-wira ini hanyalah satu, mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat.
Dengan keberanian yang tiada tandingan, mereka menjadi inspirasi dan contoh teladan terbaik, menunjukkan betapa pentingnya pengorbanan dan cinta akan tanah air. Jasa mereka sentiasa terpahat di hati rakyat.
Oleh itu, sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang bakal tiba, Seri Murni mengajak kita semua untuk tidak hanya menyambut hari peristiwa ini, tetapi juga mengambil sedikit masa untuk merenung dan mengenang kembali pengorbanan wira negara kita.
Mari kita sama-sama sentiasa menghargai kehadiran mereka dan menunjukkan rasa terima kasih kita, setiap masa.
Seri Murni dengan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-68 dan Hari Malaysia Ke-62. Semoga semangat patriotisme terus membara di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM