Connect with us

Oh! Media

Berang Pintu Bilik Air Ditendang, Abang Parah Ditetak Adik Sendiri

polis siasat gambarwanita mediasosial dijual ohmedia

Oh! Tidak

Berang Pintu Bilik Air Ditendang, Abang Parah Ditetak Adik Sendiri

Mangsa yang ditetak mengalami kecederaan parah di kepala.

Pergaduhan dua beradik di Ayer Tawar, Perak bertukar tragedi apabila seorang lelaki berusia 56 tahun parah ditetak adiknya sendiri dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Lapor Sinar Harian, insiden berlaku sekitar jam 1.30 petang di rumah mereka, menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Seri Manjung.

Punca pergaduhan kerana pintu bilik air ditendang

lelaki ditetak

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, suspek berusia 50-an ditahan jam 1.55 petang selepas pihak polis menerima laporan daripada orang awam.

IKLAN

Pihak polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.

Siasatan awal yang dijalankan pihak polis mendapati pergaduhan tercetus apabila suspek tidak berpuas hati terhadap tindakan abangnya yang menendang pintu bilik air ketika anak perempuannya masih berada di dalamnya.

Difahamkan, mangsa tinggal serumah bersama suspek sekeluarga. Kini polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan senjata. 

Pssttt! Semoga kejadian ini jadi pengajaran bahawa amarah sesaat boleh menghancurkan hubungan kekeluargaan selama-lamanya.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas